iklan

Friday, June 06, 2008

100 cars and 100 days

Below a statement of Mufti of Perlis about competion "100 days 100 cars" ,where the person that entered the competition elgible to win 1 car every midnight. Each sms will be charged RM 5, and for me it to high and opinion of Mufti of Perlis state that this competition "HARAM" in Islam.Below the news take from Harian Metro about Mufti Of Perlis Statement.



"KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ anjuran syarikat telekomunikasi, Celcom (M) Bhd (Celcom), sebagai haram dan perlu dijauhi semua umat Islam.

Pertimbangan itu dibuat Mohd Asri (gambar) selepas mengambil kira cara peraduan itu dilaksanakan dan dikendalikan pihak penganjur dengan menerapkan unsur tidak sihat termasuk perjudian.

Beliau meminta semua umat Islam di negara ini tidak sekali-kali menyertai peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ terbabit bagi mengelak bukan saja terpedaya, malah terjerumus kepada satu perbuatan dianggap haram di sisi Islam.

Peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ yang diajurkan khusus kepada pelanggan Celcom itu berlangsung selama 100 hari bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini dengan menawarkan sebuah kereta Toyota Camry 2.0E sehari kepada pemenang yang berjaya mengumpul mata tertinggi melalui setiap soalan yang berjaya.




Bagaimanapun, setiap SMS yang diterima atau dihantar peserta dikenakan caj RM5.


Md Asri berkata peraduan ‘100 hari 100 Kereta’ itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan dalam peraduan berkenaan."


*For more information and view you can visit the link below:

http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=719&Itemid=72


Reactions:

0 komenentar: