iklan

Monday, August 18, 2008

Pelajar UMS:Ketahulah hak anda sebagai pengguna

Dari Nuzul Hafizi(lebih popular dgn jiey)

subject:sumber "protein" ker racun

tgh2 syok makan nasi goreng ayam masak merah kat cfc sat lagi si asrul tnjukkan aku satu benda yang amat aku kenali..yaaa..itu dia..seekor ulat sedang berenang2 di dalam ayam masak merahnya..aper kes??aku raser ulat sayur ar..pastue aku pulak jumpa abg ipar ulat tue..(besa sikit laa..) terus kensel makan..ape kes la ni..KEBERSIHAN!!!!!aku pon x tau nak cakap aper lagi dah..makan megi lagi selamat kot..x pon suh je company KFC ker Piza Ker bukak kat kampus kita..besih cikit..tolon2..cari jalan penyelesaian bersama2!

subject: "protein" tmbahan dalam makanan di cfc

aku baru je jmpa prof tadi petang n tnjukan bukti "protein" tmbahan atau kita panggil free add on.so aku x tau ape yang bakal prof buat wait n c.smoga pas ni tiada lagi add on tersebut kalo ada pon moga2 ianya sedap seperti cheezy wedges ker..aper ker dan bukan ulat lagi.

Dari Samihah(lebih dikenali mihah)

Subject:aku butuh pertolongan mu

aku butuh pertolonganmu wahai sang ulat..jangan lagi kau muncul dlm hidupku melalui pinggan nasiku...payah,hidupku payah menemukanmu..tak tertelan rasanya air di kerongkong melihatmu seakan2 berdansa di pinggan rakanku,giey dan asrul..aku tahu,itu bukan salahmu,tp,apakan daya,aku perlu mengutukmu "eii gelinyerr"..kerana itu sifat asalmu..kepada asrul dan giey, sentiasalah berdoa,jangan pula lupa bersabar seperti biasa dek kerana ketulipekakkan org kafe yg tidak bertekad cemerlang menjaga kebersihan..semoga kita terus memboikot kf mkcik tu,dan masak sendiri makanan halal secara haram asalkan kita xtermakan bnder yg haram di kafe yg halal..yang benar,serius,dan penuh pengharapan.


p/s:ni baru berapa kes yang kedengaran
ada juga kes yang tak didedahkan dan buat tak tahu je oleh student.Ingat satu je kita student adalah penguna dan penguna ada hak untuk mendapat makanan yang bekualiti.


Ni saya senaraikan 7 HAK pengguna

HAK PERTAMA
Hak untuk keperluan asas
Hak untuk mendapat keperluan asas dan perkhidmatan yang penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan harian.

HAK KEDUA
Hak untuk memilih
Hak untuk memilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mempunyai kualiti yang memuaskan.

HAK KETIGA
Hak untuk maklumat
Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

HAK KE-EMPAT
Hak untuk pampasan
Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi.

HAK KELIMA
Hak untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat
Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna.

HAK KE-ENAM
Hak untuk bersuara(pandangan)
Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna.

HAK KE-TUJUH
Hak untuk pendidikan kepenggunaan
Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak.

HAK KE-LAPAN
Hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik
Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.

Reactions:

2 komenentar:

minah misteri said...

Report je kat MPP tak pun kalau tak berkesan gak report je ke kementerian perdagangan dan hal ehwal pengguna @ Persatuan Pengguna

azaufi87 said...

saya setuju dengan cadangan minah misteri tu..saya juga menyokong ape yang anda katakan bahawa pengguna mempunyai 7 hak apabila ia hidup di dunia ini..hak-hak ini seharusnya di ketahui oleh semua pengguna di malaysia..

saya merupakan exco pendidikan dan penyelidikan persatuan pengguna upsi..amat mengalu-alukan cadangan serta lawatan anda dari ums ke upsi atau sekada melawat ke laman web blog kami pun sudah mencukupi..

saya berazam untuk membuat lawatan ke ums..itupun klu pihak sana sudi menerima kedatangan kami dan mendpt respon yang menggalakkan serta bantuan dari pihak yang berkenaan..

harap dapat jumpe di sana..

hubungi saya di dr.azuan87@yahoo.com

http://superlife87.blogspot.com

0197880020