iklan

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, March 22, 2010

Semakan Mtest boleh dibuat hari ini(untuk Panggilan Kedua)

Semakan Keputusan Panggilan Kedua Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat di:SEMAKAN PANGGILAN KEDUA MTEST KPLI. Hebahan melalui mySMS akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya.

Ujian MTeST Panggilan Kedua akan diadakan pada 27 Mac 2010 (Sabtu).

Harap Maklum.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membina Laman Web-Apa itu "Web Hosting"? Bahagian 1



Untuk membina sebuah laman sesawang yang lengkap seperti laman yang memperkenalkan perniagaan anda,anda memerlukan sebuah tempat untuk menyimpan Laman sesawang anda secara talian supaya pelawat dapat mengakses laman anda.Web Hosting ada lah satu tempat(server) di mana segala maklumat dan fail di masukkan.Terdapat 2 jenis web hosting iaitu web hosting percuma dan juga web hosting berbayar

1/Web Hosting Percuma
   Membina dan menjalan satu laman yang komplek dan popular selalunya akan menghadapi kekangan dari segi kewangan,oleh itu pengguna/pembina laman boleh mengguna web hosting secara percuma.Selalunya web hosting yang percuma tidak membenarkan pengguna menggunakan domain mereka sendiri, mesti menggunakan domain yang telah disediakan,sebagai contoh:   www.teratakz.350.com dimana pihak penyedia web hosting 350.com mensyaratkan menggunakan domain mereka diamana kebiasaannya nama atau label pengguna berada di hadapan dan domain 350.com di belakang. Berikut adalah senarai syarikat penyedia webhosting secara percuma


  1. one.com
  • Space: 3GB
  • Bandwidth: Unlimited
  • Email Acc:Unlimited
  • Iklan:Tiada
  • FTP: Ada
  • Guna Domain Sendiri: YA
  • Example URL: www.teratak.com        

     2.  www.heatinternet.co.uk
  • Space: 2.5GB
  • Bandwidth: 100mb
  • Email Acc:1000
  • Iklan:Tiada
  • FTP: Ada
  • Guna Domain Sendiri: YA
  • Example URL: www.teratak.com

         3.www.geocities.com
    • Space: 1 GB
    • Bandwidth: 100mb
    • Email Acc:1
    • Iklan:ADA
    • FTP: TIADA
    • Guna Domain Sendiri: TIDAK
    • Example URL: www.teratak.geocities.com
         4.www.angelfire.com
    • Space: 2.5GB
    • Bandwidth: 100mb
    • Email Acc:1000
    • Iklan:ada
    • FTP: Ada
    • Guna Domain Sendiri: TIDAK
    • Example URL: www.teratak.angelfire.com
         5.www.sites.google.com
    • Space: 10GB
    • Bandwidth: Tiada Data
    • Email Acc:Percuma Akaun Gmail
    • Iklan:ada
    • FTP: Tiada
    • Guna Domain Sendiri: TIDAK
    • Example URL: www.sites.google.com/teratak
        6.www.my1blog.net

    • Space: Tidak Terhad
    • Bandwidth: Tiada Data
    • Email Acc:ada
    • Iklan:tiada
    • FTP: ada
    • Guna Domain Sendiri: TIDAK
    • Example URL: www.teratakz.my1blog.net


    p/s bersambung "Membina Laman Web-Apa itu "Web Hosting"? Bahagian 2"

    Sunday, March 21, 2010

    Semakan Panggilan Kedua MTeST bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Ambilan Jun 2010

    Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
    Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan Kedua MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat mulai pada  23 Mac 2010 (Selasa) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .  
     
    Calon berjaya akan menduduki ujian MTeST pada 27 Mac 2010 (Sabtu).

    Hebahan melalui mySMS akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya.
     
    Sekian, terima kasih.

    Tuesday, March 09, 2010

    Semakan Keputusan Panggilan Mtest untuk KPLI SR ambilan Jun 2010

    Bakal guru boleh memeriksa Keputusan Panggilan Mereka di Pautan Di bawah

    Tuesday, March 02, 2010

    DPLI( Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) - Ambilan Julai 2010)



    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
    JABATAN PENGAJIAN TINGGI
    PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010

    Pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2010.


    KOD PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA 
    PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN
    SESI AKADEMIK 2010/2011

    1
    UPSI
    AT03D
    PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
    2
    UPSI
    AT06D
    BAHASA INGGERIS
    3
    UPSI
    AT21D
    PERDAGANGAN / PERNIAGAAN
    4
    UPSI
    AT32D
    SEJARAH
    5
    UPSI
    AT41D
    PENDIDIKAN MORAL
    6
    UPSI
    AT45D
    PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
    7
    UPSI
    AT63D
    EKONOMI RUMAH TANGGA
    8
    UiTM
    ET03D
    PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
    9
    UiTM
    ET06D
    BAHASA INGGERIS
    10
    UiTM
    ET23D
    PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL
    11
    UiTM
    ET45D
    PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
    12
    UMS
    HT06D
    BAHASA INGGERIS
    13
    UMS
    HT33D
    GEOGRAFI
    14
    UPM
    PT06D
    BAHASA INGGERIS
    15
    UPM
    PT09D
    SAINS PERTANIAN
    16
    UPM
    PT63D
    EKONOMI RUMAH TANGGA
    17
    USM
    ST06D
    BAHASA INGGERIS
    18
    UIAM
    YT06D
    BAHASA INGGERIS


    SENARAI IPTA, KURSUS YANG DITAWARKAN & KESESUAIAN IJAZAH :

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

    PENDAFTAR
    BAHAGIAN AKADEMIK
    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
    JALAN SLIM
    35900 TANJUNG MALIM
    PERAK
    NO. TELEFON:
    Talian 1 : 05-4506932
    Talian 2 : 05-4506929
    NO. FAKS : 05-4582670
    http://www.upsi.edu.my


    PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
    AT03D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Sains Sukan / Rekreasi
    * Sains Kesihatan

    BAHASA INGGERIS
    AT06D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

    PERDAGANGAN / PERNIAGAAN
    AT21D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Perakaunan
    * Perniagaan / Perdagangan

    SEJARAH
    AT32D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Sejarah / Sosiologi / Antropologi

    PENDIDIKAN MORAL
    AT41D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Pengajian Islam
    * Psikologi
    * Kaunseling
    * Pembangunan Manusia
    * Kerja Sosial

    PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
    AT45D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Ekonomi
    * Kewangan
    * Perakaunan
    * Perniagaan / Perdagangan
    * Keusahawanan

    EKONOMI RUMAH TANGGA
    AT63D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Hospitaliti
    * Fesyen & Tekstil
    * Sains Makanan
    * Teknologi Makanan
    * Pembangunan Manusia
    * Kulinari


    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

    BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
    BANGUNAN UIC
    40450 SHAH ALAM
    SELANGOR
    NO. TELEFON :
    Talian 1 : 03-55443164
    Talian 2 : 03-55443165
    NO. FAKS : 03-55443170
    http://istudent.uitm.edu.my/intake


    PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
    ET03D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Sains Sukan / Rekreasi
    * Sains Kesihatan

    BAHASA INGGERIS
    ET06D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

    PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL
    ET23D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Seni Halus
    * Seni Kreatif
    * Seni Lukis
    * Seni Visual

    PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
    ET45D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Ekonomi
    * Kewangan
    * Perakaunan
    * Perniagaan / Perdagangan
    * Keusahawanan


    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

    BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
    ARAS 3 BLOK UTARA
    BANGUNAN CANSELORI
    PETI SURAT NO. 2073
    88999 KOTA KINABALU
    SABAH
    NO. TELEFON :
    Talian 1 : 08-8320213
    Talian 2 : 08-8321259
    NO. FAKS : 088-320361
    http:// bpa.ums.edu.my


    BAHASA INGGERIS
    HT06D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

    GEOGRAFI
    HT33D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Geografi
    * Kejuruteraan Alam Sekitar
    * Perancangan Bandar dan Wilayah
    * Sains Alam Sekitar


    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

    BAHAGIAN AKADEMIK
    PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
    43400 SERDANG
    SELANGOR
    NO. TELEFON :
    Talian 1 : 03-89466000
    Talian 2 : 03-89466059
    Talian 3 : 03-89466060
    NO. FAKS : 03-89426469
    http://www.upm.edu.my


    BAHASA INGGERIS
    PT06D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris

    SAINS PERTANIAN
    PT09D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Pertanian
    * Perhutanan
    * Kejuruteraan Pertanian
    * Bioteknologi

    EKONOMI RUMAH TANGGA
    PT63D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Hospitaliti
    * Fesyen & Tekstil
    * Sains Makanan
    * Teknologi Makanan
    * Pembangunan Manusia
    * Kulinari


    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

    UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN
    BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
    ARAS 2, JABATAN PENDAFTAR
    11800 P.PINANG
    NO. TELEFON :
    Talian 1 : 04-6575613
    Talian 2 : 04-6533329
    Talian 3 : 04-6533059
    Talian 4 : 04-6533073
    NO. FAKS : 04-6533328
    http://www.usm.my 


    BAHASA INGGERIS
    ST06D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris


    UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

    UNIT KEMASUKAN, PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
    UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
    P.O BOX 10
    50728 W.P. KUALA LUMPUR
    NO. TELEFON :
    Talian 1 : 03-61964000
    NO. FAKS : 03-61964163
    http://www.iiu.edu.my/pgstudy


    BAHASA INGGERIS
    YT06D
    02 Semester

    Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

    * Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris



    SYARAT AM UNIVERSITI
    Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumurtidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

    Syarat Am
    1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
      PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
      atau
    2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
      dan
    3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
      dan
    4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
      dan
    5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
    6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.
    Syarat Khas Program
    1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman webhttp://upu.mohe.gov.my
    2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
    3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.
    Syarat Tambahan
    1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah ( skrol ) sahaja yang akan dipertimbangkan.
    2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
    3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
    4. Sila semak laman webhttp://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.aspuntuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
    5. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2010. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-

      o Maklumat Permohonan
      o Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
      o Salinan Sijil Kelahiran Calon
      o Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
      o Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
      o Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
      o Salinan sijil SPM


      CARA MEMOHON:

      PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 1 MAC 2010 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA (Unit Pusat Universiti - UPU) : http://upu.mohe.gov.my

      PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
      Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN / Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
      NO. AKAUN UPU : 14100-29-83030691-5
      Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN dan masukkan No. Kad Pengenalan anda atau pemohon lain.
      Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.

      TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 1 - 16 MAC 2010

      TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 MAC 2010

      Ujian MEdSI dan Temu duga
      1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
      2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
      3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15.4.2010melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
      4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11.5.2010 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
      5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.
      Catatan:-
      - Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
      - Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.


      Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

      PENGARAH 
      BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

      JABATAN PENGAJIAN TINGGI 
      KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
       
      ARAS 1, BLOK E9, PARCEL, PRESINT 1
       
      PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
       
      62505 PUTRAJAYA


      No. Tel: 03-88835801/5802/5858
      No. Faks: 03-88894260
      E-Mel: upu@mohe.gov.my


    PANDUAN UJIAN MEdSI

    1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.mymulai 15 April 2010.

    2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 24 April 2010.

    3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

    4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

    5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

    6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

    7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

    8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

    9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.