iklan

Tuesday, May 11, 2010

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2010


Anda, para graduan sekalian adalah produk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Anda jugalah modal insan negara. KPT sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang masa hadapan anda. Justeru, Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2010 adalah platform penting bagi langkah pertama anda untuk membina kerjaya.
Di K3G, anda menemui bakal majikan. Di Karnival inilah anda boleh membuat pilihan antara kelulusan, minat dan kerjaya idaman. Pakejkan keupayaan dan kehebatan anda sebaiknya dan pasarkan kebolehan diri kepada majikan yang sesuai dengan minat dan kecenderungan anda.
500 majikan bakal menanti anda di K3G. 15,000 peluang pekerjaan perlu diisi. Temuilah bakal-bakal majikan dari sektor awam ke GLC, dari syarikat swasta kecil dan besar hingga ke syarikat multinasional dan konglomerat antarabangsa.
Oleh itu, kunjungilah dan sertailah Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) pada 14-16 Mei 2010 di PWTC. Pilihlah masa hadapan anda di sini!

Inilah peluangnya untuk anda menghantarkan resume dan menonjolkan diri kepada bakal majikan dari syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang terkemuka. Manfaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan berkunjung ke Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia dari 14 - 16 Mei 2010.


Butiran acara adalah seperti berikut:
Tarikh:14 - 16 Mei 2010
Masa:9 pagi - 6 petang
Tempat:PWTC (KL) (peta)
Bayaran:MASUK ADALAH PERCUMA

Reactions:

0 komenentar: