YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 30 OGOS 2010 (ISNIN)
'1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI NEGARA'
------------------------------
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Putrajaya
- moving forwards -
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Dalam beberapa minit lagi negara akan menyambut hari Kemerdekaan Malaysia Yang ke 53.Malaysia makin maju dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.Semoga kemerdekaan negara tidak diancam oleh anasir-anasir luar dan juga termasuk dalam negara sendiri.
Kerajaan bayar bantuan khas kewangan 1 Sept ini
27/08/2010 6:46pm
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini, sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 bagi pesara yang dibayar melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank pula akan dilakukan pada 6 September."Manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran, ia akan diposkan sebelum tarikh tersebut,” menurut kenyataan itu.Jabatan itu berkata, pegawai yang layak dibayar Bantuan Khas Kewangan adalah terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, contract of service, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.Selain itu, pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama “B” dan ke atas serta gred Khas “A” yang layak pemandu, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya juga layak mendapat bantuan ini."Begitu juga dengan pegawai ”contract of service” yang putus perkhidmatannya selama satu hari sebelum disambung semula perkhidmatan kontraknya,” kata JPA.Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan akan dibuat sebelum 1 Syawal. – Bernama
Kerajaan negeri turut umum duit raya RM500
2010/08/27
KUALA LUMPUR: Beberapa kerajaan negeri semalam mengikut langkah Kerajaan Pusat apabila turut mengumumkan bayaran khas RM500 kepada kakitangan awamnya sebagai bantuan Aidilfitri. Di MELAKA, bantuan RM500 itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk kira-kira 4,500 kakitangan awam di negeri itu membabitkan perbelanjaan RM2.25 juta.
Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjangkakan kerajaan negeri membelanjakan RM4.5 juta bagi membayar bantuan khas RM500 kepada 9,089 kakitangan awam yang berkhidmat di negeri itu.
DI KUANTAN: Setiausaha Kerajaan Negeri, Muhammad Safian Ismail, berkata bayaran bantuan khas RM500 itu akan dibayar kepada 12,617 kakitangan awam negeri selewat-lewatnya tiga hari sebelum Aidilfitri.
Di ALOR SETAR, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan akan membayar bonus perayaan RM500 kepada kira-kira 6,000 kakitangan kerajaan negeri sebelum 1 Syawal ini. Kelmarin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan lebih 7,000 kakitangan awam dan pesara kerajaan negeri itu akan turut menerima bayaran khas RM500.
Di KUALA TERENGGANU: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menjadi syarikat berkaitan kerajaan pertama di negara ini yang memberi bonus Hari Raya RM500 kepada semua kakitangan sebagai persediaan Aidilfitri.
Di SABAH: Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan dengan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri sebelum membuat keputusan mengenai pemberian bonus kepada kakitangan awam sempena Aidilfitri.