iklan

Sunday, August 08, 2010

Info JPN berkaitan Pendaftaran Nama Anak


JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja. Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang. Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari. Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.
NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG



Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan


Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.



Nama pangkat atau jawatan


Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.



Gelaran keturunan


Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja



Nama profesional


Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat



Nama kepahlawanan


Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria



Nama lucah atau yang lucah bunyinya


Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat



Nama-nama buruk


Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI




Nama binatang atau serangga


Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular



Nama buah-buahan, sayur sayuran, tumbuhan, makanan


Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.



Nama-nama lucu


Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot.



Nama-nama kejadian alam


Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok



Nama-nama warna


Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya


D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven



Nama perhiasan atau pakaian


Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut



PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK




Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).



NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA


Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.



NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA


Hokkian


Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)



Kantonis


Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai



Mandarin


Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo

Reactions:

0 komenentar: