iklan

Wednesday, September 01, 2010

Tarikh Melihat Anak Bulan Pada 8 September 2010(Rabu)





Setelah hampir 3 minggu kita menahan lapar dan dahaga. hari Raya menjelang tiba..Pada 8 September 2010 iaitu pada hari Rabu adalah proses mencerap anak bulan untuk menentukan Hari bermulanya 1 Syawal pada tahun ini.Terdapat 2 cara penentuan Hari Raya iaitu mengikut:




(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanurrukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan
kebolehnampakan anak bulan (hilal)

Keputusan jatuhnya 1 Syawal akan diumukan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar  Raja-Raja Malaysia,Majlis Raja-Raja

Berikut adalah tempat melihat anak bulan di Malaysia:



Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah:
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
hafeez.my
HAFEEZ.MY

Reactions:

0 komenentar: