iklan

Thursday, December 09, 2010

KOSMO:Warga Emas Diberi Pendedahan ICT





Warga emas diberi pendedahan ICT 


PENGKALAN CHEPA - Jarang sekali kita mendengar golongan warga emas diberi pendedahan mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), sebaliknya boleh dikatakan semua pihak lebih menumpukan perhatian kepada pelajar. 

Namun pendekatan dilakukan Fasilitator Schoolnet Kelantan yang memilih mengadakan Majlis Solat Hajat dan Aktiviti ICT bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan di sini, seharusnya dijadikan contoh. 


Pengerusi programnya, Mohd Luqman Hakim Mahamad Zahari berkata, program julung kali itu untuk memberi kesedaran masyarakat bahawa warga emas juga perlu diberi perhatian dan pendekatan sesuai dengan arus pembangunan kini. 

“Jangan sisihkan mereka hanya kerana status yang dimiliki, sebaliknya berikan peluang mereka menguasai kecanggihan teknologi yang ada hari ini kerana mereka juga sebahagian daripada kita,” katanya ketika mengulas mengenai program berkenaan di sini. 

Mohd Luqman berkata, jangan kita anggap dengan menempatkan mereka di rumah Seri Kenangan ini sudah memadai, sebaliknya kita perlu memikirkan sesuatu agar mereka dapat lalui hari-hari yang berkualiti. 

“Kasih sayang antara yang perlu diutamakan kepada mereka di usia emas ini, namun tidak cukup dengan itu, mereka juga memerlukan sesuatu yang baru dalam meniti hari-hari di masa depan agar mereka juga merasa berharga walau mungkin tiada apa yang dapat disumbangkan saat ini,” katanya. 

Menurutnya, dalam program setengah hari itu, Facilitator SchoolNet cuba untuk menceriakan suasana fizikal dan emosi warga emas di rumah berkenaan kerana tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka yang mendiami rumah berkenaan dengan rela dan sebaliknya. 

Menurutnya, setidak-tidaknya aktiviti dan pendedahan baru ini dapat menghiburkan mereka dalam konteks yang lebih bermanfaat iaitu belajar sambil mempelajari sesuatu. 


Beliau berkata, program amal yang dilakukan Facilitator SchoolNet Kelantan ini bukan sekadar memberi pendedahan ICT kepada warga emas, malah turut berfungsi dalam menyemai nilai-nilai murni di kalangan mereka yang bernasib baik dan sebaliknya. 

“Ia juga bagi mempererat lagi kerjasama antara Facilitator SchoolNet dengan warga Rumah Seri Kenangan 

Mohd Luqman berkata, antara pendedahan yang diberikan sepanjang program berkenaan termasuk memberikan latihan praktikal bagaimana untuk membuka e-mel dan membuat sistem fail.




Reactions:

0 komenentar: