iklan

Saturday, January 15, 2011

Info Kesihatan:Ketuat,Kematu dan Juga Kalus

Ketuat



Ketuat merupakan ketumbuhan kulit yang disebabkan oleh kuman virus.Tempoh pengeraman berbeza-beza dari beberapa minggu hingga ke beberapa bulan.Kulit cedera yang bersentuhan dengan ketuat secara langsung boleh menyebabkan jangkitan.

Kematu




Kematu merupakan bintil kulit yang kecil tetapi kasar,dan lazimnya berwarna kekuningan berbanding kulit sekelilingnya.Ia berbentuk bulat atau berbentuk kon yang menghala ke arah luar kulit.Kematu kerap tumbuh di kaki dan kadangkala  di tangan dan kemunculannya disebabkan tekanan atau geseran yang berterusan

Kalus


Kalus merupakan kulit tebal dan kasar yang meliputi kawasan yang lebih luas.Sama seperti kematu,ia disebabkan oleh tekanan atau geseran pada kulit secara berterusan.Permukaan Kalus adalah lebih leper jika dibandingkan  dengan kematu dan mempunyai kesan kulit yang normal.

Reactions:

0 komenentar: