iklan

Wednesday, February 23, 2011

Sakit Tangan Aku

Petang-petang ni kena keluar beli gas plak...sakit tangan aku...tangan aku yang pernah patah masih tak dapat wat kerja kuat...walaupun pembedahan tu sejak tahun 1992 lagi...tapi kekuatan tangan tak boleh nak wat gagah...kenapa aku boleh patah tangan?...ni kes degil dan tak dengar kata punya pasal...standard la time budak2 dulu...mak dah kata tak payah pi tapi aku pegi gak...last-last basikal yang BMX yang aku bawak masuk longkang..hahha...dan tangan aku kemungkinan terhentak dengan kuat...mula-mula tangan tak sakit..kira cool lagi la time balik tu...tapi selepas seminggu tangan kanan aku rasa makin membengkak...sakit woo...last-last pergi gak scan kat klinik dan aku disah mengalami patah tulang...jadi aku dibawa ke hospital kerajaan pada awalnya tapi oleh kerana tempoh menunggu yang lama amat aku dibawa ke Pusat Rawatan Islam(Hospital Swasta).Disitu lah tangan aku dibedah untuk diletak plat skru untuk membetulkan tangan aku yang patah..dan dekat 2 bulan juga aku cuti untuk tahun tu...dan 2 bulan lagi masa untuk mengeluarkan besi tu semula.

Moral of the story:
1.Dengar kata mak
2.Jangan Berlumba time bawak basikal
3.Makan dulu sebelum keluar(kemungkinan aku pitam sebenarnya time tu)

Reactions:

0 komenentar: