iklan

Monday, March 07, 2011

[IKLAN] Maklumat Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Malaysia (KPLSPM) telah diiklankan dalam akhbar utama mulai 6 Mac 2011 (Ahad).

Permohonan boleh dibuat secara online di Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 7 Mac 2011 di http://www.moe.gov.my/ . 

Kepada adik-adik yang sangat berminat untuk jadi pendidik, atau sedang mencari peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bolehlah mencuba nasib ya.Di bawah adalah iklan dari akhbar utusan

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Kursus-kursus Yang Ditawarkan


A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :      . Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :      .  Fizik
     .  Kimia
     .  Biologi
     .  Matematik
     .  Pendidikan Khas
     .  Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :      .  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language 
D. Program Kembar Bahasa Jerman :      .  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan Ditutup
22 Mac 2011

Semakan Temuduga
4 April 2011

Temuduga
11 April-22 April


1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1Warganegara Malaysia.
1.2Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
1.3Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
1.4Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
1.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.
DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
1.5.1 Bahasa Melayu
1.5.2 Sejarah
1.5.3 Satu mata pelajaran yang lain serta ;
1.5.4 lulus Bahasa Inggeris
1.6Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
2.PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
2.1Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
2.1.1
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
2.1.2
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.1.3
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.2Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
2.2.1
Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
2.2.2
Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
2.3Program Kembar Bahasa Perancis
2.3.1Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1.
2.4Program Kembar Bahasa Jerman
2.4.1Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.
3.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
3.1Sekolah Kebangsaan (SK)
1.Pendidikan Prasekolah12.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
2.Bahasa Melayu Pendidikan Rendah13.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
3.Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah14.Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
4.Bahasa Arab Pendidikan Rendah15.Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
5.Bahasa Tamil (SK) Pendidikan Rendah16.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
6.Bahasa Cina (SK) Pendidikan Rendah17.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
7.Bahasa Iban Pendidikan Rendah18.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
8.Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah19.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
9.Matematik Pendidikan Rendah20.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
10.Sains Pendidikan Rendah21.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
11.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
3.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1.Pendidikan Prasekolah10.Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
2.Bahasa Melayu Pendidikan Rendah11.Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
3.Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah12.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
4.Bahasa Cina Pendidikan Rendah13.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
5.Matematik Pendidikan Rendah14.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
6.Sains Pendidikan Rendah15.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
7.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah16.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
8.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah17.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
3.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1.Pendidikan Prasekolah10.Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
2.Bahasa Melayu Pendidikan Rendah11.Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
3.Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah12.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
4.Bahasa Tamil Pendidikan Rendah13.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
5.Matematik Pendidikan Rendah14.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
6.Sains Pendidikan Rendah15.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
7.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah16.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
8.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah17.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
4.CARA MEMOHON
4.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.mymulai 07 Mac 2011.
4.2
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
4.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
4.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kalisahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
4.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011
6.Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1254/1253/1371/1235
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045
7.MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1
Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
7.2Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
7.3
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
7.4
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
7.5
Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
7.6
Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
8.PENDAFTARAN
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
9.IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanInstitut Pendidikan Guru yang ditetapkan
3 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian)Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanKolej Persediaan KPM
2-4 semester (mengikut kolej pengajian)
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas)Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand)
6-7 semester (mengikut kolej pengajian)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM
2 semester
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
b. Taylor's University, Subang Jaya, Selangor
c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Bagi Bidang Bahasa Cina
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanBeijing Foreign Studies University,Beijing, China
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua)Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
2 semester

Program Kembar Bahasa Perancis
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis)Universiti Terkemuka Negara Perancis
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester

Program Kembar Bahasa Jerman
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
4 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Jerman)Universiti Malaya
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester


Reactions:

2 komenentar:

amien7 said...

rasa macam nak try apply
tp peluang macam suam2 kuku je... huhuhu

Blooger Maniac said...

amien7----try je...heheh