iklan

Tuesday, March 15, 2011

This video mocking Azan (Muslim prayer calling to pray). I hope this video removed from youtube video list






Amat biadap sekali perbuatan ini. Video menghina laungan azan ini telah didedahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Video yang uploadoleh directorhuangdao selama 1 minit 29 saat ini dengan jelas telah menghina azan.

Maksud video yang bertajuk : "Rupanya Umat Islam suka Mee wantan dan pau besar" adalah. "Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orng nak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula! ".



Video yang dimuat naik dalam Youtube pada 2 September 2009 ini dengan jelas bertujuan untuk membangkitkan perasaan marah orang Islam di Malaysia. Lihatlah bagaimana keyword yang telah ditandakan pada video tersebut. Ini membuktikan bahawa watak-watak yang membuat video ini besar kemungkinan adalah dari warganegara Malaysia.

Jika mereka warganegara negara ini maka Kerajaan Persekutuan boleh bertindak mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 (1). Pembuat video ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan mengikut kesalahan Akta 15, Seksyen 4 (b). Akta ini adalah bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam agar agama Islam tidak dihina dan dipersendakan sampai begitu biadap sekali di negara ini. Penahanan pembuat video ini amat perlu sebagai satu langkah deterrence strategy bagi mengelak lebih ramai lagi pelaku biadap mempersendakan agama Islam seperti ini berulang lagi.



CREDIT TO:http://anginperubahan.blogspot.com/

Reactions:

2 komenentar:

YB Raz said...

puak mata sepet ni memang x pernah serik..sengaja mencari pasal

Blooger Maniac said...

ntahla...mereka semakin berani..ini sebab kita terlalu beri muka kepada mereka..