iklan

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, April 26, 2012

Andainya Perempuan Tahu


Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.. Andainya Perempuan Tahu…
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan `flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
p/s : Jom kongsi dengan perempuan lain yang berada di luar sana..

Lawak - Facebooks P. Ramlee's Madu 3


Lawak - Pak Pandir Dan Mak Andeh


Lawak Bunuh Diri


Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: 
Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?



Doktor: 
Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.



Pesakit mental: 
Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..



Doktor: 
#@**_!!*&^_# 

Wednesday, April 25, 2012

teka teki malam khamis

burung apa yang paling penyayang?

Tuesday, April 24, 2012

selamat malam

selamat malam untuk semua pembaca hafeez.my..semoga esok bangun dengan azam dan matlamat yang perlu diselesaikan sepanjang hari.good luck...

Monday, April 23, 2012

Tanda-Tanda Orang Tidak Suka Pada Kita

Post kali ini memang sering berlaku dalam kehidupan kita semua. Jom baca dan lihat sekeliling korang.. adakah situasi begini berlaku??

1- Setiap kali bila duduk dengan korang dia lebih suka diam dan buat hal sendiri. belek kuku la…menyanyi sorang2 la..termenung la.. sedangkan bila dengan orang lain boleh je berbual..

2- Tak boleh bergurau dengan korang.ramai yang suka label orang ”dia tu bukan boleh bergurau..”.sebenarnya dia boleh je bergurau..tapi bukan dengan korang la..sebeb dia tak suka kat korang jadi bergurau pun dia malas. tak perasan ke dengan orang lain boleh je dia bergurau..

3- Susah mintak tolong.yang ni lebih kurang sama dengan no 2 la.. senang2 je korang kata dia tu kedekut la..mintak pinjam duit pun tak bagi..mintak tolong basuh pinggan sebijik pun dia tak mau. bukan sebab dia malas.tapi sebab dia meluat kat korang.

4- Nak kemana2 dia tak akan ajak korang.bila berjalan dalam kumpulan,korang pulak ada dalam kumpulan tu,dia lebih suka menolak untuk ikut serta.

5- Kurang suka mendengar cerita yang melibatkan korang. contohnya bila Jenab cerita kat Joyah yang Jennny tak makan petai…tapi gaya joyah macam malas nak ambik tau.. ubah topik lain atau cepat2 beredar dari situ..

Ha..jadi lepas ni jangan la nak kata orang tu sombong ka… tak boleh bergurau ka… kedekut ka… sebab nya tengok betul2.. dengan orang lain dia macam mana??dengan korang pulak dia macam mana..? mungkin ada sikap kita yang dia tak suka dan ada baiknya kita cermin2 diri kita..
sekian..

Friday, April 20, 2012

Air Terjun Sekitar Malaysia

KHAZANAH alam semula jadi yang terdapat di negara kita cukup membanggakan, dari flora dan fauna, gunung, bukit -bukau, hutan hujan Khatulistiwa, pantai, pulau, tasik hinggalah ke sungai. Menikmati kesejukan air terjun dengan dikelilingi kehijauan alam semula jadi cukup mendamaikan.sebelum selepas.Gelak tawa dan pelbagai aksi yang ditunjukkan pengunjung termasuk terjun tiruk, menyelam atau hanya mandi di gigi air cukup menghiburkan.

Tekanan dan masalah yang dihadapi hilang, selain kesegaran air terjun yang mengalir bagaikan terapi dalaman membantu melegakan hati yang gundah.Itulah yang dirasai saat berkunjung dan berkelah atau mandi-manda di lokasi air terjun yang memang menanti kedatangan pengunjung.Setiap negeri memiliki air terjun tersendiri dan menjanjikan keseronokan sebagai destinasi percutian yang mempesona.Justeru, bagi yang merancang percutian ke kawasan alam semula jadi, di sini disertakan beberapa air terjun yang menjadi tumpuan pelancong di negara ini.


Air Terjun Maliau, Sabah




Lembangan Maliau, Tawau, Sabah mempunyai 19 air terjun enjadikannya angka tertinggi direkodkan dalam satu kawasan di Malaysia.Antara 19 air terjun itu, Air Terjun Maliau adalah yang paling terkenal kerana ia berbentuk seakan-akan tujuh anak tangga. Ia diikuti Air Terjun Giluk, Air Terjun Gungseng, Air Terjun Sebandar, Air Terjun Takobakon dan Air Terjun Hulu Giluk.Maliau bermaksud Gunung Tangga atau keruh dalam bahasa Murut. Diiktiraf sebagai Hutan Terlindung Kelas 1 pada 1997, Maliau kaya dengan hidupan liar dan sangat sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak termasuk mengenali burung dan merentas denai hutan.

Air Terjun Lata Berembun, Pahang




KEUNIKAN dan kecantikan air terjun Lata Berembun sudah lama menjadi bualan dan membuatkan sesiapa saja teringin menikmatinya.

Terletak kira-kira 24 kilometer (km) dari bandar Raub, Lata Berembun adalah salah satu daripada tujuh air terjun di sekitar Gunung Benum dan ketujuh serta paling bawah.

Ketinggiannya adalah 3,000 kaki dari paras laut dan untuk ke sana, anda perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan sejauh 14km.

Air terjun setinggi 50 meter itu diberi nama Lata Berembun berikutan tempias air terjun ibarat embun yang boleh dirasai 500 meter dari air terjun itu.JERNIH...airnya yang jernih dan sejuk memberikan kesegaran kepada pengunjung.

Air Terjun Jelawang



Air Terjun Jelawang adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Dengan ketinggian 303 meter, air terjun Jelawang yang mempunyai tujuh tingkat antara tarikan utama di Gunung Stong dan kini menjadi destinasi ekopengembaraan yang popular di Negeri Cik Siti Wan Kembang.


Uniknya, airnya bukan ‘terjun’ sebaliknya mengalir dari tebing batu tinggi.

Bagi menikmati keindahan alam semula jadi di puncak air terjun itu, pengunjung boleh bermalam di Kem Baha sama ada tidur di dalam khemah atau di rumah rehat.

Deruan air terjun yang mengalir bagaikan suara atau bunyi latar kepada siulan sang burung yang terbang bebas di hutan simpan yang menghijau itu.

Anda juga berpeluang melihat pelbagai spesies tumbuhan termasuk bunga terbesar di dunia, rafflesia, pokok palma dan orkid yang menjadi tarikan di Taman Negeri Stong itu.

Air Terjun Pelangi, Pahang


Terletak di Sungai Lembing, Kuantan, Air Terjun Pelangi satu lagi air terjun yang harus dikunjungi. Diberi nama Air Terjun Pelangi kerana kejadian pelangi yang terdapat di air terjun setinggi 50 meter yang cukup unik dan indah itu.

Berbekalkan hanya sinaran mentari, cahaya yang terbias melalui air terjun ini akan menghasilkan pelangi yang pelbagai bentuk dan lapisan berdasarkan kedudukan anda.

Namun ia hanya terbentuk pada sebelah pagi sahaja iaitu sekitar jam 8 hingga 11 pagi. Ketika berhadapan dengan air terjun itu, anda akan dapat merasai titisan kecil air terjun yang jatuh bertaburan dan cukup menakjubkan.

Untuk menikmati kesejukan air terjun yang mengalir deras dan keindahan alam semula jadi di situ, anda perlu meredah hutan selama lebih kurang 45 minit.

Air Terjun Lata Iskandar, Perak



Selain Lata Kinjang, satu lagi air terjun yang memukau di Perak ialah Air Terjun Lata Iskandar di pertengahan perjalanan menghala ke Cameron Highlands dari Tapah, Perak.

Airnya yang sejuk dan mengalir deras sangat sesuai dengan lokasinya yang berhampiran tanah tinggi dan dikelilingi hutan semula jadi yang masih belum terusik.

Berkunjung ke situ, anda bukan saja boleh menikmati kesejukan airnya tetapi menikmati keindahan alam semula jadi yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna.

Di samping itu, anda boleh membeli pelbagai hasil kraf tangan masyarakat Orang Asli di gerai kraftangan di kaki air terjun.

Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi


  
Dipercayai sebagai tempat mandi puteri dari kayangan oleh penduduk setempat, Air Terjun Telaga Tujuh di Hutan Simpan Gunung Machinchang, Langkawi adalah destinasi popular di kalangan pelancong.

Ketujuh-tujuh telaga yang menjadi tarikan pengunjung berada bersebelahan antara satu sama lain seolah-olah disusun rapi secara berperingkat manakala perigi tertinggi berada kira-kira 250 meter dari aras laut.

Pengunjung perlu mendaki lebih 600 anak tangga untuk sampai ke kawasan telaga pertama untuk berkelah, mandi-manda, beristirahat serta melihat panaroma menarik kawasan gunung.

MEMPESONA...pemandangan Air Terjun Pelangi yang mempesona dan menakjubkan.


Air Terjun Gunung Ledang, Johor


GUNUNG Ledang tidak pernah sunyi dan sering dikunjungi baik pelancong tempatan atau luar negara.

Kejernihan air terjun yang mengalir segar pasti menawan sesiapa saja, apatah lagi apabila berpeluang menikmati kedinginan airnya yang tidak tercemar.

Ramai tidak akan melepaskan peluang berkelah di Kolam Puteri yang mempunyai daya tarikan luar biasa dengan air terjun setinggi 50 meter.

Dari jauh deruman air terjun mampu menghilangkan tekanan dan keletihan walaupun terpaksa berjalan kira-kira 200 meter ke kaki gunung berkenaan.

TERKENAL...Air Terjun Ledang cukup terkenal dengan sejarahnya


Air Terjun Jeram Toi, Negeri Sembilan


KEINDAHAN dan deruan air terjun bertingkat pasti menggamit setiap pengunjung yang melalui laluan antara Seremban ke Kuala Klawang, Jelebu untuk singgah menikmati alam semula jadinya.

Terletak hanya 30 kilometer dari Seremban, Hutan Lipur Jeram Toi di bawah pengawasan Jabatan Hutan Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang mendapat perhatian khusus di kalangan pelancong tempatan.

Air terjun setinggi beberapa tingkat itu masih terpelihara dengan keindahan alam semula jadinya terutama flora serta fauna.

Selain aktiviti perkelahan, kawasan ini sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dengan menyusuri sepanjang jeram melihat kawasan hutan, namun perlu mendapat bantuan kakitangan Jabatan Perhutanan.

Antara air terjun di Malaysia yang boleh dikunjungi:

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu
Air Terjun Sekayu, Terengganu
Air Terjun Rek, Kelantan
Air Terjun Berkelah, Kuantan, Pahang
Air Terjun Kionsom, Inanam, Sabah
Air Terjun Jerangkang, Pahang
Air Terjun Mahwah, Sabah
Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan
Air Terjun Jeram Pasu, Kelantan
Air Terjun Kijang, Jelebu, Negeri Sembilan
Air Terjun Chemerong, Terengganu

Monday, April 16, 2012

Model-model at PC Fair April 2012 (KLCC)

Camera:
OLYMPUS EPL-3

Lens: 
14-42mm Kit Lens--using 14mm all the time

ISO:
800
Olympus Sorella Girl 1

Olympus Sorella Girl 2

Olympus Sorella Girl 3

Olympus Sorella Girl 3


















Friday, April 13, 2012

Bidaan Untuk Nombor Pendaftaran Peribadi Bermula Awal Tahun 2013

Semua pemilik kenderaan kecuali teksi akan dibenarkan untuk membida nombor pendaftaran peribadi (NPP) bermula awal tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, langkah tersebut adalah untuk membenarkan mereka memiliki nombor pendaftaran unik di samping membolehkan pihak berkuasa mendapat pendapatan tambahan.

Menurutnya, pemilik motosikal dan kenderaan komersial seperti lori dan bas turut dibenarkan untuk mendaftar NPP jika mereka sanggup membayar untuk nombor istimewa itu.

"NPP adalah salah satu inisiatif anggota JPJ kepada orang ramai. Kami hanya akan memperkenalkan langkah itu sebaik saja sistem komputer ditingkatkan dan ciri-ciri keselamatan baru dilaksanakan," katanya.

JPJ menerima RM282 juta untuk meningkatkan sistemnya sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan.

Langkah itu, katanya akan membenarkan rakyat di negara ini untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan secara online.

Solah berkata, proses bidaan itu akan terbahagi kepada dua kategori iaitu eksklusif dan bukan-eksklusif.

"NPP yang bukan-eksklusif boleh dimiliki lebih daripada seorang manakala nombor eksklusif hanya akan diberikan kepada seorang pemilik," katanya.

Beliau berkata, JPJ masih belum memutuskan karakter nombor yang dibenarkan untuk kategori NPP eksklusif dan bukan-eksklusif itu.

NPP bukan-eksklusif, katanya, jauh lebih murah dan ditawarkan menerusi permohonan tender.

"Bagi NPP eksklusif, JPJ akan menentukan jumlah yang perlu dibida. Pembida kemudiannya mempunyai hak terhadap NPP bermula dari nombor 1 hingga 9999," katanya.

- MSTAR

Friday, April 06, 2012

Proton Preve Mampu Jana Keuntungan Kepada Proton







Proton Holdings Bhd memilih "PREVE" sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.


"Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.


"Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif," katanya pada sidang media di Putrajaya.
Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baharu itu sejauh 156 kilometer.

Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana margin keuntungan yang lebih tinggi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.
Beliau berkata PREVE dijadual dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Proton memberi keutamaan kepada gaya kereta bagi menarik pengguna global manakala model-model sebelumnya, lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.

Syed Zainal juga yakin kereta baharu global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit.Beliau juga yakin PREVE akan terbukti menarik pembeli luar negara, dan untuk itu Proton sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Timur Tengah.

Proton memberi perhatian terhadap ciri-ciri keselamatan, termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori, selain sistem pengendalian, dalam membangunkan kereta global.

- BERNAMA

Tuesday, April 03, 2012

11 April cuti umum sempena pertabalan Agong

11 April 2012 cuti umum sempena pertabalan Agong



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Artikel dari Kosmo Online: 

Sunday, April 01, 2012

Perempuan Memang Tak Guna....


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan itu tidak guna
kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

2. Perempuan memang tidak guna
rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.

3. Perempuan memang tidak guna
minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg terbau haruman itu akan menghadiahkan 1 dosa zina untuk perempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu. Nauzubillah….

4. Perempuan memang tidak guna
kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna
masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna
tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna
lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini ”Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. “Penyakit dalam hati” adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna
alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.

9. Perempuan tidak guna
kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…


Anda sudah selesai membaca? Marah? Geram? Maaf kerana mewujudkan perasaan itu.....:)
Diharap perkongsian daripada artikel ini boleh menjadi hint berguna untuk semua, khususnya insan bergelar wanita....

"Kerana dirimu begitu berharga..."

Sumber : pakarhowto.com, uwais qarn

Gaji SSM(Kakitangan Kerajaan) Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April


TERBARU!!! Gaji SSM Baru 2012 – Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April Ini,gaji ssm baru 2012,jadual gaji ssm baru 2012,tunggakan gaji ssm baru – Diharapkan berita ini dapat mengurangkan tanda-tanya & penantian dikalangan kakitangan awam. Akhirnya desas-desus tunggakan berkenaan gaji SSM 2012 (baru) dilaporkan akan mula dibayar bermula bulan April depan.

Ramai yang mengharapkan tunggakan ini dapat diselesaikan secepatkan mungkin. Tapi biarlah realistik. Apatah lagi, ia baru sahaja diumumkan. Apatah lagi bahagian kewangan pun belum sign laporan untuk pembayaran gaji SSM 2012 (baru). Slip penyata gaji sudah pun keluar bukan? Jadi sekarang ini masih lagi gaji SSM (lama).

Berikut adalah Pekeliling Kenaikan Gaji Baru SSM Kakitangan Awam (Mulai 1 Januari 2012). Semakan dan pengiraan juga boleh dibuat di : http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan




Jangan Paksa Anak2 Mengambil Kursus Yang Tak Diminati

Ibu bapa seharusnya berbincang dengan anak mereka mengenai kursus yang hendak diambil di institusi pengajian tinggi bagi menentukan ia benar-benar sesuai dengan minat serta keupayaan anak masing-masing, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak untuk mengambil kursus yang tidak diminati kerana ini akan menyebabkan anak mereka tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran.

"Sebarang keputusan mengenai masa depan anak-anak tidak harus berdasar kepada kehendak atau kemahuan ibu bapa semata-mata," katanya dalam program terbitan Radio 24.

Katanya adalah penting bagi ibu bapa memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih subjek yang sesuai dengan minat dan kelayakan sebenar mereka.

"Saya pernah jumpa ramai pelajar universiti yang tidak bersunggguh-sungguh dalam pembelajaran kerana mengambil kursus yang dimahukan oleh ibubapa dan bukannya kerana minat terhadap kursus yang diambil," katanya.

Saifuddin mengulas kenyataan Pengerusi MARA Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang melahirkan rasa hairan mengapa pelajar-pelajar cemerlang banyak memilih kursus perubatan dan kejuruteraan.

Idris berkata trend itu jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam pasaran kerjaya.

Sehubungan itu, Saifuddin meminta ibu bapa dan pelajar supaya mengikis persepsi bahawa hanya sektor pekerjaan tertentu sahaja yang menjanjikan pulangan lumayan.

Beliau berkata keadaan sekarang sudah berubah kerana apa sahaja profesion sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh boleh memberikan pulangan yang lumayan. 


BERNAMA