iklan

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, July 30, 2012

Sejarah Usahawan Kurma - Yusuf Taiyoob



Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk. 


Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.


Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.


Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Friday, July 20, 2012

Happy Ramadhan



Bulan Ramadhan menjelang lagi
Masa menguji keikhlasan diri
Teguhkan iman sucikan hati
Semoga membentuk keperibadian murni

Thursday, July 19, 2012

Employment vs. Self Employment - Don't give up!


Wednesday, July 18, 2012

Iklan: Comfort Ultra


Images

  • Comfort Ultra

    Comfort Ultra

    Introducing the new Comfort Ultra, World's No.1 Fabric Conditioner brand. Comfort Ultra contains fragrance capsules which burst with every shake and move throughout the whole day for all day freshness! It gives you the soft, smooth clothes that feel great to wear. Fresh and Fragrant clothes for up to 14 days with just half a capful.

Images

  • Comfort Ultra Pure

    Comfort Ultra Pure

    Comfort Ultra Pure is the most trusted and specially formulated fabric conditioner for delicate and sensitive skin. Dermatologically-tested and hypo-allergenic, it is validated by the British Skin Association and is a great choice for babies. So what are you waiting for? Wrap your precious one now with the softness of Comfort Ultra Pure!

Monday, July 16, 2012

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 19 Julai


KUALA LUMPUR – Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.
Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis. – BERNAMA

Saturday, July 14, 2012

Tiga perompak larikan 11 dulang emas di Batu Caves

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki bersenjatakan dua pistol melarikan 11 dulang emas serta merampas satu 'pump gun' milik pengawal keselamatan dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Pasaraya Giant, Batu Caves hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.28 pagi. "Seorang pengawal keselamatan kedai emas terbabit cedera di kepala akibat dipukul dengan pistol," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, semua suspek, yang belum dikenal pasti identitinya, melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran JLN 4488.

Katanya, jumlah kerugian belum ditaksirkan. - BERNAMA

Friday, July 13, 2012

Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam?

KUALA LUMPUR - Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.

Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.

"Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya.
   
Katanya keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.

Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.- Bernama

Video 4 minit 02 saat Amukan kejadian di Putrajaya


Saksikan lah rakaman yang mengamil masa 4 minit 02 saat – kejadian amukan yang berlaku di Puterajaya.
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan Daerah Polis Putrajaya.Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
AnggotaMPV sampai dan cuba membantu untuk menahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal dapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.

New Civic set to drive Honda Malaysia sales


Friday, July 13, 2012, 10.04 AM


KUALA LUMPUR: The ninth generation Honda Civic made its local debut yesterday with distributor Honda Malaysia Sdn Bhd expecting sales of over 6,000 units in its first year.
The sales target will help Honda Malaysia achieve a leading 40 per cent share of the non-national mid-size cars segment.
The all-new Civic comes in four variants: 1.8L, 2.0L, 2.0L with NAVI and Civic Hybrid 1.5L.
Honda Malaysia targets to sell 5,200 units of the three petrol variants and 1,200 units of the Civic Hybrid.
 
The company is confident that with an impressive stable of hybrid models, it can cross the 10,000 units sales mark for such green vehicles in a year's time.
Besides the Civic Hybrid, other Honda hybrid models here are the CR-Z and Insight.

"For nearly 40 years, Civic has received outstanding reputation by consistently delivering a high level of driving performance, quality, fuel efficiency and values beyond what is expected in its segment," Honda Malaysia managing director and chief executive officer Yoichiro Ueno said at the launch.
Cumulatively, the Civic has sold more than 19.7 million units worldwide since the launch of the first generation in 1972.
In Malaysia, since the launch of the seventh generation in 2003, the Civic has sold over 58,000 units to date.
"It has been simultaneously recognised as the market leader in non-national mid-size sedan segment," Ueno noted.
The Civic success was amplified by the overwhelming reception of the eighth generation launched in 2006 with close to 49,000 units sold, he added.
In the US, which is the biggest market for the Civic, over 163,000 units were sold in the first half of the year.
The Civic 1.8L and 2.0L versions sell at RM115,980 and RM131,980, while the 2.0L with NAVI and the Hybrid cost RM136,980 and RM119,980.


Each generation of Civic has been enhanced with a specific development theme in mind, Ueno said.
"The 2012 Civic embraces the fundamental concept of a futuristic and distinctive compact, a direction that introduces new values that reach ahead of present day needs," he added.
To continue making the Civic a top choice among buyers, Honda Malaysia is offering attractive after-service package.
It includes a five-year warranty with unlimited mileage and a-year warranty with unlimited mileage for IMA battery (for Honda Hybrid).
There are also an extension of preventive maintenance interval from 5,000km to 10,000km and free labour service up to six visits for every alternate paid service until 100,000km.

38,549 lepasan STPM, matrikulasi ditawar ke IPTA


PUTRAJAYA 13 Julai - Sejumlah 38,549 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi ditawarkan ke 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Rujhan Mustafa berkata, berdasarkan jumlah itu, 21,959 orang (57 peratus) adalah terdiri daripada aliran Sains dan 16,590 (43 peratus) pula daripada aliran Sastera.

"Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak hari ini mulai jam 12 tengah hari melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

"Semakan juga boleh melaui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

Thursday, July 12, 2012

TERKINI - PM UMUM RASMI AKTA HASUTAN DIHAPUSKAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi(11 Julai 2012) mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.

Wednesday, July 11, 2012

KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITIRI




Kad ucapan penganti diri, 
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya, 
menyambut syawal bersama keluarga.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

Monday, July 09, 2012

Akibat Terlalu Taksub


Kecekapan pihak Polis berjaya menumpaskan cubaan 
menyerang Jabatan Perdana Menteri


PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

Idea Pelik yang Menjadikan Seseorang Bergelar Jutawan



Cara terbaik untuk membuat wang adalah dengan cara memulakan perniagaan anda sendiri. Tetapi hari ini biasanya hanya orang-orang yang mempunyai idea yang benar-benar pelik boleh berjaya. Di bawah ini anda akan mendapati senarai orang yang membuat sejumlah besar wang dengan menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang terdiri dari membakar mayat dengan fesyen yang unik hinggalah membuat penyelidikan ke atas najis. Mereka mungkin nampak agak pelik pada awalnya dan orang yang waras pasti tidak akan bersedia untuk melabur dalam perniagaan yang salah. Tetapi tiada siapa yang tidak mahu menjadi jutawan, bukan?
1. 1-800-Got-Junk?
Perkhidmatan penyingkiran barang buangan ini telah ditubuhkan di Vancouver, Kanada pada tahun 1989 oleh Brain Scudamore, pengasas dan sekarang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau membeli sebuah trak pengangkut dengan harga USD$700 sebagai pengangkutan. “Kami akan menyembunyikan sampah anda dalam sekelip mata” adalah slogan syarikat. Pada tahun 1993, sebulan sebelum tamat pengajian beliau, Scudamore berhenti universiti untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sepenuh masa. Secara peribadi, bapanya yang merupakan seorang doktor, tidak terlalu teruja tentang rancangan profesional anaknya tetapi terpaksa mengalah setelah melihat semangat anaknya. Anda hanya perlu telefon syarikat itu, beritahu mereka anda mempunyai sampah untuk dibuang , dan mereka akan datang dan lemparkan ia jauh daripada anda! Syarikat itu telah menubuhkan lebih 220 francais seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, dan sekarang bernilai lebih daripada USD$100 juta.
Laman web: 1-800-GOT-JUNK?
2. PickyDomains.com
Menubuhkan sebuah laman web pada hari ini adalah sangat mudah. Tetapi mencari nama domain yang anda mahu dan yang masih belum diambil orang adalah sebaliknya. Jadi seorang lelaki mengeksploitasi peluang ini dan menzahirkan idea yang unik dan menjadikan beliau agak kaya. Beliau hanya mencadangkan nama-nama domain untuk laman web. Ini semestinya memerlukan tahap kreativiti yang tinggi! Cara ia berfungsi: Selepas membayar deposit USD$50, pelanggan akan mula menerima senarai nama-nama domain yang disediakan melalui e-mel untuk tempoh 30 hari. Jika mereka melihat domain yang mereka suka, mereka akan mendaftar dan memberitahu perkhidmatan tentang domain yang diperoleh. Jika domain tidak didaftarkan, wang akan dikembalikan sepenuhnya. Firma itu kini bernilai sekurang-kurangnya USD$5 juta.
Laman web : PickyDomains
3. Doggles
Kacamata untuk anjing haiwan peliharaan? Bunyi agak tidak masuk akal, bukan? Tetapi tidak jika seseorang telah memulakan kilang mereka dan meraih jutaan dolar. Perniagaan yang telah mendapat perhatian dan liputan dari CNNWomens’ World , PeopleReggie and KellyNational Geographic dan Animal Planet. Bermula dengan kacamata, kini mereka telah mengembangkan perniagaan kepada pelbagai aksesori lain untuk haiwan peliharaan termasuk beg sandang, jaket pengapungan, baju T, topi, dan mainan.
Laman web : Doggles 
4. FitDeck 
Apakah hubungan permainan kad dengan rutin senaman? Inilah perniagaan yang bernilai USD$4.7 juta jika anda cukup bijak untuk menggabungkan kedua-duanya dan menjualnya dengan harga USD$18.95 sekeping. Bunyinya seperti tidak masuk akal dan melibatkan banyak pokok yang terpaksa ditebang, tetapi produk yang berusia lima tahun itu dicipta oleh Phil Black telah mencatat pertumbuhan tinggi. FitDeck adalah hasil gabungan keseronokan permainan kad dan langkah-langkah latihan Tentera Laut. Sudah pasti pendapatan daripada syarikat lebih lumayan daripada gaji seorang Tentera Laut!
Laman web: FitDeck
5. SantaMailIni adalah sesuatu yang langsung anda tidak jangka kerana ia seperti kerja terlalu bodoh. Surat akan dihantar daripada alamat yang kononnya daripada Kutub Utara atau Alaska, berpura-pura dihantar oleh Santa Claus. Ibu bapa akan dikenakan bayaran sebanyak USD$10 untuk setiap surat yang dihantar kepada anak-anak mereka. Ide yang nampak bodoh ini sebenarnya berfungsi dan telah menghantar lebih 200,000 surat sejak memulakan perniagaan pada tahun 2001. Kini telah mengutip lebih USD$3 juta!

6. Membersih tempat pembunuhan 
Berapa banyak wang kah yang anda boleh dapat dengan hanya membuat kerja-kerja pembersihan? Tidak banyak secara semulajadinya. Berapa banyak pula wang yang anda boleh dapat untuk kerja-kerja pembersihan tempat kejadian pembunuhan atau tempat bunuh diri berlaku? Seseorang telah mencuba dan mereka telah meraih USD$1 juta untuk tahun lepas sahaja. Advance Bio Treatment juga menjalankan pelbagai lagi jenis aktiviti. Mereka juga mengendalikan ujian makmal, pemeriksaan air kencing dan sebagainya. Kini kerja yang pastinya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan ia adalah satu kerja yang menjijikkan tetapi perlu ada seseorang melakukannya. Semua orang akan suka jika ia boleh mendatangkan hasil lumayan sehingga beberapa juta dolar sebagai balasan.
Laman web: Advance Bio Treatment
7. DoodyCalls
Idea yang dizahirkan untuk perniagaan ini: anda semula duduk di pejabat anda, wakil-wakil jualan anda menerima panggilan telefon dan dengan segera mengisytiharkan bahawa anjing pelanggan telah membuang najis di halaman depan. Jadi, apakah wakil jualan anda lakukan? Dia menghantar satu pasukan profesional yang terlatih untuk membersihkan dan membawa pergi najis tersebut. USD$2 Juta adalah catatan hasil jualan tahun lepas sahaja. Jika dikira, DoodyCalls membersih lebih 3 juta najis setahun. Lebih 8000 anjing adalah pelanggan yang gembira, dan ia melibatkan pengambilan najis anjing di 21 negeri di seluruh Amerika Syarikat.
Laman web : DoodyCalls

8. Eternal ReefsSatu lagi perniagaan yang pelik, Eternal Reefs , Inc. menjanjikan waris kehidupan yang kekal untuk mengingati pemergian orang yang tersayang. Jika anda ingin membakar orang yang anda sayangi selepas mereka telah meninggal dunia, atau dalam erti kata lain, membakar mayat mereka, Eternal Reefs menawarkan pilihan yang berlainan yang menggantikan tempayan-tempayan pembakaran mayat dan penyebaran abu oleh waris yang hidup ke alam sekitar. Keluarga dan kawan-kawan dijemput dan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam penciptaan Reef Memorial untuk yang tersayang. Anda boleh meletakkan tanda tapak tangan anda di dalam konkrit lembap, atau hanya meletakkan bendera di terumbu memorial orang yang anda sayangi itu semasa majlis penghormatan ala tentera dijalankan. Mereka percaya apa-apa yang anda rasa akan membantu orang yang tersayang pergi dengan gaya tersendiri boleh dilakukan oleh Eternal Reefs. Unjuran jualan melebihi USD$500,000 menjelang akhir tahun ini.
Laman web: Eternal Reefs
9. Boomerang Boxes
Marty Metro dan isterinya sangat gemar berhijrah dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Satu hari mereka sedar bahawa selepas berkahwin, mereka telah berpindah tempat sebanyak 29 kali. Oleh itu, Metro duduk dan mula tertanya-tanya bagaimana dia boleh menggunakan pengalamannya yang sentiasa berpindah randah untuk menolong mereka berdua. Beliau membuat kesimpulan bahawa dengan menggunakan jumlah kotak kadbod yang banyak adalah satu masalah dia selalu hadapi. Jadi ini meyakinkan dirinya bahawa dia akan dapat membantu pemunggah, perniagaan dan alam sekitar secara umum dengan mewujudkan penyelesaian kepada kebingungan penggunaan kotak kadbod.Boomerang Boxes mengamalkan pelan perniagaan keseluruhan yang menyewa dan menyedia kotak kadbod dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan unjuran jualan tahunan melebihi USD$750,000, syarikat ini sentiasa berkembang.
Laman web : BoomerangBoxes
10. BioScientific Inc.
Idea perniagaan ini berkisarkan tahi ayam. Guano Plus adalah baja yang diperbuat daripada tahi ayam dan jualannya mencatat lebih USD$1 juta setahun. Bill Thomas adalah seorang yang kreatif dengan bakat yang unik dan beliau mempunyai ide perniagaan yang jelas. Beliau sedar bahawa walaupun memiliki ladang ayam adalah sesuatu yang agak normal dan menguntungkan, tahi ayam yang buruk adalah sesuatu yang boleh digunakan sebagai sumber pendapatan. Sedikit penyelidikan dan bergelumang dengan kekotoran telah menyebabkan dia menjadi jutawan.
Lamanweb: BioScientific Inc. 

Ibu Gabenor Bank Negara Meninggal Dunia

Tokoh budayawan, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dilaporlan telah meninggalkan dunia sebentar tadi. 

Allahyarham juga merupakan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz meninggal dunia hari ini. 

Allahyarham berusia 84 tahun. Sementara itu, difahamkan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar. 

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. 

Al Fatihah 

Friday, July 06, 2012

35 tahun masih DG41

15,000 guru ada sijil, diploma patut naik gred: NUTP

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kira-kira 15,000 guru lepasan sijil dan diploma perguruan yang berkhidmat lebih 35 tahun dipertimbangkan untuk kenaikan ke gred DG41. Ia dianggap wajar berdasarkan pengalaman dan jumlah tahun mereka berkhidmat sebagai menghargai jasa guru berkenaan. 
Presiden NUTP, Hashim Adnan, berpendapat adalah wajar pengalaman perkhidmatan guru terbabit dijadikan sebagai asas untuk kenaikan gred dan bukannya mengutamakan kelayakan akademik.

“Walaupun sudah berkhidmat lebih 35 tahun, NUTP mendapati ada sebilangan guru yang masih kekal di gred DG34 dan DG38 kerana kenaikan (gred) adalah berdasarkan kelayakan akademik.

“Jika mahu dilihat dari segi kelayakan akademik, kita berasakan tidak wajar kerana segelintir mereka sudah berusia lebih 50 tahun dan ada juga yang hampir bersara,” katanya kepada BH, semalam.

Mac tahun lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran meningkatkan had usia pemohon Program Pensiswazahan Guru (PPG) daripada 45 tahun kepada 47 tahun untuk mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015. 
Syarat mohon ke PPG

Sebelum itu, syarat bagi permohonan ke PPG tidak melebihi 45 tahun, selain memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan dan tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan tajaan kementerian.

Hashim berharap Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan itu yang sudah dipanjangkan kepada JPA, baru-baru ini.

“Tempoh perkhidmatan lebih 35 tahun adalah satu pengalaman cukup luas selain warga pendidik itu juga sudah menghadiri pelbagai kursus berkaitan perguruan. Kita melihat pengalaman itu cukup wajar untuk mereka menikmati kenaikan gred,” katanya.

Beliau berkata, NUTP juga akan mengemukakan syor itu kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan kerajaan bagi mengkaji secara komprehensif perkhidmatan awam negara

Seronoknya jadi PEROGOL di Jordan...

Kisah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang diculik dan dirogol berkali-kali selama tiga hari menyebabkan rakyat Jordan berasa marah, apatah lagi apabila penyerangnya bersetuju untuk mengahwini remaja itu untuk mengelak daripada dipenjara.

Dalam masyarakat Islam konservatif seperti di Jordan, perogol boleh lepas bebas mengikut Kanun Keseksaan Artikel 308, yang dikenali sebagai “undang-undang perogol.”

April lalu, remaja yang tidak didedahkan identitinya keluar membeli belah di bandar Zarqa, di mana seorang lelaki berusia 19 tahun menculiknya dan membawanya ke padang pasir di mana dia mendirikan khemah, kemudian merogol remaja itu selama tiga hari berturut-turut, menurut sumber kehakiman. 

Polis menemui remaja itu ketika membuat rondaan rutin dan membawanya pulang. Mereka menahan lelaki itu.

Tetapi dalam beberapa hari, terdapat berita yang lelaki itu bersetuju mengahwini remaja itu dan semua tuduhan terhadapnya digugurkan.

Awal bulan ini, AFP melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diajak untuk mengikut seorang lelaki ke sebuah apartmen di Amman di mana dia juga di rogol. 

Sumber kehakiman berkata, lelaki itu sekarang cuba sedaya upaya untuk berunding dengan keluarga mangsa, mengahwini gadis itu untuk mengelak daripada dipenjara. 

Artikel 308 membenarkan tuduhan merogol digugurkan sekiranya perogol bersetuju untuk mengahwini mangsa. 

Dia tidak boleh menceraikan isterinya selama lima tahun. 

Ketua Kesatuan Wanita Jordan, Nadia Shamrukh berkata, “Akta dalam undang-undang ini bukan saja membenarkan pesalah bebas, tetapi membenarkan mereka mengahwini mangsa.” 

- AFP

Imej Baru Tingkatan 6 Di Sekolah..


MUHYIDDIN Yassin (barisan belakang, tiga dari kanan) bergambar bersama Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN selepas mesyuarat di Yogyakarta, semalam. - BERNAMA

YOGYAKARTA 5 Julai - Imej pelajar tingkatan enam yang lengkap berpakaian seragam sekolah putih dan biru akan berakhir sebaik kerajaan melaksanakan penjenamaan semula pendidikan berkenaan seiring dengan sistem pendidikan prauniversiti lain seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.
Perubahan besar yang bakal dilakukan kerajaan ialah dengan memisahkan pelajar tingkatan enam daripada pelajar tingkatan satu hingga lima di sekolah sedia ada untuk ditempatkan di pusat pengajian khas.
Mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjenamaan semula sistem pendidikan tingkatan enam dibuat dengan matlamat untuk meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan tersebut sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti lain.
Menurut beliau, selain dipisahkan dari sekolah menengah sedia ada, pelajar tingkatan enam juga akan dididik oleh golongan guru yang berbeza.
Kerajaan juga kata Muhyiddin, bersedia untuk mengkaji kemungkinan tempoh pembelajaran pendidikan tingkatan enam dipendekkan enam bulan lebih awal seperti mana yang dilalui oleh pelajar-pelajar matrikulasi.
"Kita akan lihat balik struktur sistem tingkatan enam di sekolah kita yang sedia ada. Pada masa ini, pelajar tingkatan enam adalah lanjutan daripada tingkatan lima sedangkan pelajar tingkatan enam sudah lebih dewasa, kematangan mereka juga sudah berbeza.
"Kalau kita fikirkan (tingkatan enam) ini sudah sampai tahap prauniversiti tetapi belajar di sekolah yang sama, kita merancang untuk satukan mereka (pelajar tingkatan enam) dengan pakaian (seragam) berbeza, jadual waktu yang tidak sama dan guru tak sama. Ini kategori lain sikit," kata Muhyiddin kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja beliau di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, transformasi sistem pendidikan tingkatan enam juga bakal memperlihatkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu mengikuti pengajian berdasarkan jadual waktu persekolahan yang bukan konvensional seperti yang sedang dilalui pada masa ini.
Rancangan menempatkan pelajar tingkatan enam di sebuah pusat pengajian khas jelas Muhyiddin, memerlukan kajian yang komprehensif memandangkan pada masa ini kedudukan mereka bertaburan.
"Pada masa sekarang pelajar tingkatan enam berterabur. Kita harus melihat ke hadapan dan memperbaiki lagi sistem yang sedia ada untuk meningkatkan lagi pendidikan tingkatan enam" ujar beliau.
Keperluan mengubah sistem pendidikan itu juga jelas Timbalan Perdana Menteri, amat penting untuk mengubah persepsi sebilangan besar masyarakat bahawa pendidikan di peringkat matrikulasi jauh lebih baik berbanding tingkatan enam.
Menurut Muhyiddin, persepsi berkenaan harus dikikis memandangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing melanjutkan pelajaran ke universiti adalah sama.
Beliau turut menarik perhatian pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya melihat pendidikan tingkatan enam sebagai platform terbaik bagi pendidikan prauniversiti.
"Kualiti sistem pendidikan tingkatan enam setanding dengan pengajian matrikulasi selain kelulusan STPM turut mendapat pengiktirafan universiti luar negara.
"Jangan lihat seolah-olah matrikulasi sahaja ada kelebihan, tingkatan enam juga ada kelebihan," tegas Muhyiddin yang merupakan produk tingkatan enam dari Sekolah Tinggi Muar.
Muhyiddin berada di sini itu menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN (ASED) ke-7 sebelum berlepas ke Bali untuk lawatan kerja.

Kisah Kancil Yang Laju Sesangat....



Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

”aha rosak “jawap pakcik tu simple aje….

“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.

“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…

“Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………

Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!

Monday, July 02, 2012

Meminta Sumbangan Untuk Pusat Jagaan Anak Yatim

Assalamualaikum,

Kami dari Kelab Mofaz menerima berita berkenaan rumah anak anak Yatim Pusat Jagaan Lambaian Kasih yang bertempat di Sungai Penchala disini telah terbakar pada hari Jumaat 29hb Jun 2012 pada pukul 4:30 petang . 
Adalah dimaklumkan satu kutipan derma akan dilakukan pada hari ini olih Ahli Jawatan Kuasa Biro Kebajikan .

Sesiapa yang ingin menyumbang selain dari wang ringgit, anda juga bolih menderma baju baju terpakai, baju sekolah, kasut sekolah dll. Sila pastikan baju baju yang akan didermakan dalam keadaan bersih dan tidak koyak.

Disebabkan olih kebakaran tersebut,segala keperluan harian anak anak yatim tersebut telah musnah kesemuanya.

Bagi pihak Kelab Mofaz, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu diatas kesudian untuk menderma, hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda anda semua

Firman Allah

“Dan apabila kamu belanjakan atau sedekahkan pada jalan Allah, maka faedahnya adalah kembali kepada diri kamu”.

Sabda Rasululah SAW

“Peliharalah dirimu dari bakaran api neraka walaupun bersedekah dengan sebelah kurma”.

Sesiapa yang ingin menderma, bolehlah menghubungi saya seperti alamat dibawah:
zulhafeez@mofaz.com