iklan

Monday, July 02, 2012

Meminta Sumbangan Untuk Pusat Jagaan Anak Yatim

Assalamualaikum,

Kami dari Kelab Mofaz menerima berita berkenaan rumah anak anak Yatim Pusat Jagaan Lambaian Kasih yang bertempat di Sungai Penchala disini telah terbakar pada hari Jumaat 29hb Jun 2012 pada pukul 4:30 petang . 
Adalah dimaklumkan satu kutipan derma akan dilakukan pada hari ini olih Ahli Jawatan Kuasa Biro Kebajikan .

Sesiapa yang ingin menyumbang selain dari wang ringgit, anda juga bolih menderma baju baju terpakai, baju sekolah, kasut sekolah dll. Sila pastikan baju baju yang akan didermakan dalam keadaan bersih dan tidak koyak.

Disebabkan olih kebakaran tersebut,segala keperluan harian anak anak yatim tersebut telah musnah kesemuanya.

Bagi pihak Kelab Mofaz, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu diatas kesudian untuk menderma, hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda anda semua

Firman Allah

“Dan apabila kamu belanjakan atau sedekahkan pada jalan Allah, maka faedahnya adalah kembali kepada diri kamu”.

Sabda Rasululah SAW

“Peliharalah dirimu dari bakaran api neraka walaupun bersedekah dengan sebelah kurma”.

Sesiapa yang ingin menderma, bolehlah menghubungi saya seperti alamat dibawah:
zulhafeez@mofaz.com

Reactions:

2 komenentar:

bekas Arqam said...

Bukan nak menyibuk. Tapi nak bagitau. Rumah tu adalah rumah amal PALSU. Penghuninya BUKAN anak yatim tapi anak2 ahli Global Ikhwan yang dulu dikenali dengan nama Al Arqam.

Sebenarnya mereka sengaja bakar. Untuk tarik simpati. dan dapatkan duit.

Dah berapa kali dah rumah tu "dibakar".https://www.facebook.com/photo.php?fbid=246929025416776&set=a.102200983222915.4194.100002990408764&type=3&theater

Muaz - Hamba Allah said...

Kepada Bekas Arqam, bukan nak menunjuk, tapi saya di antara yang selalu memberikan sumbangan terhadap mereka. Tempat itu selalu terbakar kerana USANGnya dan kami pemberi-pemberi sumbangan sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti rumah tersebut untuk anak-anak yatim dan ORANG MISKIN di situ. Sekian. Untuk menjernihkan keadaan saya memohon ampun dan maaf.