iklan

Friday, July 06, 2012

Seronoknya jadi PEROGOL di Jordan...

Kisah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang diculik dan dirogol berkali-kali selama tiga hari menyebabkan rakyat Jordan berasa marah, apatah lagi apabila penyerangnya bersetuju untuk mengahwini remaja itu untuk mengelak daripada dipenjara.

Dalam masyarakat Islam konservatif seperti di Jordan, perogol boleh lepas bebas mengikut Kanun Keseksaan Artikel 308, yang dikenali sebagai “undang-undang perogol.”

April lalu, remaja yang tidak didedahkan identitinya keluar membeli belah di bandar Zarqa, di mana seorang lelaki berusia 19 tahun menculiknya dan membawanya ke padang pasir di mana dia mendirikan khemah, kemudian merogol remaja itu selama tiga hari berturut-turut, menurut sumber kehakiman. 

Polis menemui remaja itu ketika membuat rondaan rutin dan membawanya pulang. Mereka menahan lelaki itu.

Tetapi dalam beberapa hari, terdapat berita yang lelaki itu bersetuju mengahwini remaja itu dan semua tuduhan terhadapnya digugurkan.

Awal bulan ini, AFP melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diajak untuk mengikut seorang lelaki ke sebuah apartmen di Amman di mana dia juga di rogol. 

Sumber kehakiman berkata, lelaki itu sekarang cuba sedaya upaya untuk berunding dengan keluarga mangsa, mengahwini gadis itu untuk mengelak daripada dipenjara. 

Artikel 308 membenarkan tuduhan merogol digugurkan sekiranya perogol bersetuju untuk mengahwini mangsa. 

Dia tidak boleh menceraikan isterinya selama lima tahun. 

Ketua Kesatuan Wanita Jordan, Nadia Shamrukh berkata, “Akta dalam undang-undang ini bukan saja membenarkan pesalah bebas, tetapi membenarkan mereka mengahwini mangsa.” 

- AFP

Reactions:

0 komenentar: