iklan

Thursday, July 12, 2012

TERKINI - PM UMUM RASMI AKTA HASUTAN DIHAPUSKAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi(11 Julai 2012) mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.

Reactions:

0 komenentar: