iklan

Friday, July 13, 2012

Video 4 minit 02 saat Amukan kejadian di Putrajaya


Saksikan lah rakaman yang mengamil masa 4 minit 02 saat – kejadian amukan yang berlaku di Puterajaya.
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan Daerah Polis Putrajaya.Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
AnggotaMPV sampai dan cuba membantu untuk menahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal dapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.

Reactions:

0 komenentar: