iklan

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, December 20, 2012

Gaji Minimun Bermula 2013

Syarikat-syarikat multinasional (MNC) sudah bersedia untuk melaksanakan pembayaran gaji minimum sebanyak AS$300 (RM900) sebulan kepada pekerja-pekerja Malaysia mulai awal tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun ada rungutan pada awalnya namun mereka akur dengan keputusan kerajaan.

Lagipun, keputusan itu tidak membabitkan para pekerja asing di negara ini, menurut beliau.

“Kami sudah menjelaskan perkara ini secara terperinci bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara berorientasikan buruh, sebaliknya menawarkan kemahiran dan pengetahuan tinggi kepada pelabur asing," katanya dalam taklimat dengan para peneraju syarikat Malaysia yang beroperasi di sini.

Jelas beliau, kerajaan mempertahankan keputusan itu kerana langkah itu selari dengan matlamat negara untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dengan peningkatan pendapatan perkapita kepada AS$15,000 (RM45,000) menjelang tahun 2020.

Menurut kajian di lima sektor utama negara ini, gaji pokok purata pekerja adalah RM626.76 sebulan, manakala, gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan.

“Jika dibandingkan Malaysia dengan Korea Selatan, kita sudah jauh ketinggalan walaupun 40 tahun lalu negara itu lebih mundur.

“Keputusan gaji minimum ini menunjukkan kerajaan serius untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan menjadi negara maju," jelas beliau.

Terdahulu ketika memberi taklimat dengan syarikat-syarikat India, Mustapa menjelaskan perlindungan yang diberikan kepada kerajaan kepada bumiputera tidak seharusnya dijadikan isu untuk melabur di Malaysia.

Sebaliknya, katanya, pelabur asing digalakkan untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat bumiputera.

“Dasar (perlindungan kepada bumiputera) masih diperlukan tetapi kerajaan telah mengubah kaedahnya berdasarkan merit dan kompetitif.

“Jadi, pelabur asing sewajarnya menjadikan syarikat-syarikat bumiputera sebagai rakan kongsi," ujar beliau.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya berharap MNC dan majikan swasta dapat memahami kriteria pemberian gaji minimum kepada kakitangan masing-masing.

Beliau berkat, segala bentuk elaun mahu pun imbuhan-imbuhan lain perlu diasingkan daripada gaji pokok kakitangan.

“Gaji pokok RM900 ini dijangka memberi impak yang baik dalam konteks yang lebih besar termasuk menjana pertumbuhan ekonomi negara," katanya ketika dihubungi.

Katanya, perkara itu amat penting bagi pekerja untuk menyimpan, selain mewujudkan satu sistem pendapatan yang lebih terjamin kepada semua masyarakat.

- UTUSAN

Agihan pertama BR1M 2.0 pada Januari 2013


KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini.

Beliau berkata, borang permohonan untuk kedua-dua bantuan tunai RM500 dan RM250 boleh diperolehi bulan depan.
"Dengan pengalaman pengagihan BR1M pertama, kerajaan percaya ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai itu dalam masa dua bulan," katanya kepada pemberita selepas membuka Alorie Cocoon Wellness Resort di sini.

"Kerana pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon, kami hanya akan mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan data.
"Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah.

"Ia akan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri dan beberapa agensi kerajaan," katanya.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BRIM 2.0 ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September.
Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500 itu, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250 terbabit. - BERNAMA

RANKING PMR SBP 2012



Di bawah ini adalah senarai terbaru ranking PMR bagi tahun 2012 untuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh Malaysia. Seperti biasa, persaingan di antara sekolah berasrama penuh bagi mendapatkan tempat yang terbaik adalah sangat sengit.



1) SMS Hulu Selangor
2) The Malay College Kuala Kangsar
3) SMS Sultan Mahmud
4) Kolej Tunku Khursiah
5) SMS Raja Tun Azlan Shah
6) SMS Kota Tinggi
7) SBPI Gombak
8) Sekolah Tun Fatimah
9) SMS Rembau
10) Sekolah Sultan Alam Shah
11) SMS Tengku Muhammad Faris Petra
12) SMS Selangor
13) Sekolah Seri Puteri
14) Sekolah Tuanku Abdul Rahman
15) SMS Tapah
16) SMS Kuching
17) SMS Muzhaffar Shah
18) SMS Kuala Selangor
19) SMS Miri
20) SMS Johor
21) SMS Machang
22) SMS Lahad Datu
23) Sekolah Dato' Abdul Razak
24) SMS Tuanku Jaafar
25) SMS Kubang Pasu
26) SBPI Sabak Bernam
27) SMS Kepala Batas
28) SMS Tun Syed Sheh Shahabudin
29) SMS Pasir Puteh
30) SMS Dungun
31) SBPI Kubang Pasu
32) SMS Sultan Mohammad Jiwa
33) SMS Tengku Abdullah
34) SMS Sultan Abdul Halim
35) SMS Tuanku Syed Putra
36) SBPI Rawang
37) SMS Sabah
38) SBPI Gopeng
39) SM Agama Persekutuan Kajang
40) SM Agama Persekutuan Labu
41) SMS Teluk Intan
42) SMS Labuan
43) SMS Pokok Sena
44) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
45) SBP Tun Abdul Razak
46) SMS Sultan Haji Ahmad Shah
47) SBPI Temerloh
48) SBPI Selandar
49) SMS Bagan Datoh
50) SBPI Kuantan
51) SMS Sultan Iskandar
52) SBPI Jempol


sumber: abgshah.com .



Wednesday, December 19, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2013


Monday, December 17, 2012

Menariknya Ketereh :MASJID KAMPUNG LAUT, NILAM PURI


Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, iaitu 20km dari pusat Bandar Kota Bharu.

Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.

Masjid Kampung Laut, Nilam Puri   Masjid Kampung Laut, Nilam Puri
Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik ‘ Tebuk Pasak ‘ yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting.

Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali sebagai ‘Bah Air Merah’ yang melemahkan lagi asasnya. Selepas dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di kawasan Sekolah Pengajian Islam di Nilam Puri.

Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki) iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.

Sumber. Majlis Daerah Ketereh

Tuesday, December 11, 2012

Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF

Semakan Keputusan Kemasukan ke Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013 boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/abpg/tawarJQAF/

Friday, December 07, 2012

Perkuburan Pelik Di China




TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.

Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.Pada Ahad lalu, media melaporkan pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615) daripada pihak pemerintah.- Agensi

Wednesday, December 05, 2012

Kurrsus PERCUMA WEB-2u-1nita satu projek komuniti


2U-1Nita adalah salah satu Projek Komuniti 2012 oleh .my DOMAIN REGISTRY (MYNIC Berhad)
   



Kumpulan sasaran adalah usahawan wanita yang mempunyai syarikat yang berdaftar dengan ROB atau ROC.

MYNIC Berhad mempunyai sasaran untuk melatih 500 peserta membangunkan laman web e-dagang menjelang akhir 2012.

MYNIC Berhad menetapkan sasaran untuk melengkapkan 500 laman web yang sedia digunakan menjelang akhir 2012

Sila klik link dibawah untuk melihat gambar-gambar kejayaan kursus ini.


Para peserta akan mendapat :

- 3 hari Latihan Pembangunan dan Pemasaran Laman Web E-dagang secara percuma.
- Nama domain yang berakhir dengan .My yang bernilai RM120 secara percuma.
- 100GB ruang hosting dan email secara percuma
- Boleh mempunyai dan mencipta email akaun tanpa had.
- Sarapan pagi, makan tengah hari & minum petang secara percuma diwaktu latihan.
- Manual Latihan & Alatulis secara percuma.
- Notebook/PC Akan disediakan semasa latihan
- Sijil Latihan akan diberikan kepada peserta.
- Servis selepas jualan dan perkhidmatan sokongan akan diberi percuma kepada semua peserta

Sesuai untuk semua peringkat umur !!!

 
Tempat Terhad ! Daftar sekarang ...


Syarat Penyertaan :

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Mestilah seorang wanita yang mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhan Jaya Syarikat samada Pemilik Tunggal atau Sendirian Berhad.
3. Pemilik syarikat digalakkan datang sendiri untuk mendapatkan latihan, walaubagaimana pun wakil adalah dibenarkan,
4. Jumlah maksima peserta untuk setiap syarikat yang dibenarkan untuk mendapatkan latihan adalah 1 orang sahaja.
5. Sila sediakan gambar-gambar produk/servis anda didalam bentuk softcopy/digital yang akan digunakan sewaktu latihan.


Tempat latihan yang mempunyai baki kekosongan adalah seperti berikut. :
  
NoTempatAlamatNegeriTarikh
15JOMTRAINING CENTER 2No. 47-1, Jalan OP 1/2, 1 Puchong, Business Park, 47160 Puchong, SelangorSelangor10/12/2012 hingga 12/12/2012
16JOMTRAINING CENTER 2No. 47-1, Jalan OP 1/2, 1 Puchong, Business Park, 47160 Puchong, SelangorSelangor15/12/2012 hingga 17/12/2012
17JOMTRAINING CENTER 2No. 47-1, Jalan OP 1/2, 1 Puchong, Business Park, 47160 Puchong, SelangorSelangor18/12/2012 hingga 20/12/2012

Maklumat Perhubungan :

1. En Irwan Mohi (017-233 0037)
2. En Shazali (019-297 3538)
 
No. Telefon : 03-80237603 / 03-80237604 / 03-80241480

Tempat Terhad ! Daftar sekarang ...



Genneva Malaysia rugi besar

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Hasil serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama beberapa agensi penguatkuasa terhadap syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas mendapati satu daripada syarikat itu iaitu Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), merupakan syarikat yang bermasalah.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan BNM bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, laporan awal perakaunan menunjukkan operasi Genneva Malaysia mengalami kerugian besar tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Syarikat itu sebenarnya tidak akan dapat mengekalkan cara operasinya iaitu menjual emas pada kadar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan dua hingga tiga peratus sebulan dan membeli balik emas pada harga asal belian, kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, aliran tunai untuk membolehkan syarikat itu meneruskan operasinya adalah bergantung daripada wang pelaburan pelanggan baharu.

"Dokumentasi yang disita menunjukkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas juga masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram.

"Selain itu, didapati terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,'' kata kenyataan bersama tersebut.

Agensi-agensi penguatkuasaan itu juga menyatakan mereka menerima banyak rayuan daripada pihak yang terlibat dengan perniagaan Genneva Malaysia untuk melepaskan wang yang dibekukan dalam akaun bank sebanyak RM99.8 juta dan emas yang disita sebanyak 126 kilogram yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki.

Bagaimanapun, BNM dan agensi-agensi itu menyatakan, wang dan emas tersebut dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah dan usaha sedang dilakukan bagi mempercepatkan siasatan untuk mencapai penyelesaian awal.

Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada laman web BNM di www.bnm.gov.my untuk maklumat lanjut.

- UTUSAN-