iklan

Thursday, December 20, 2012

Agihan pertama BR1M 2.0 pada Januari 2013


KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini.

Beliau berkata, borang permohonan untuk kedua-dua bantuan tunai RM500 dan RM250 boleh diperolehi bulan depan.
"Dengan pengalaman pengagihan BR1M pertama, kerajaan percaya ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai itu dalam masa dua bulan," katanya kepada pemberita selepas membuka Alorie Cocoon Wellness Resort di sini.

"Kerana pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon, kami hanya akan mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan data.
"Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah.

"Ia akan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri dan beberapa agensi kerajaan," katanya.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BRIM 2.0 ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September.
Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500 itu, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250 terbabit. - BERNAMA

Reactions:

4 komenentar:

hafeezDotMy said...

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mulai Januari 2013, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

“Pembayaran itu akan dilakukan menjelang 15 Januari hingga 15 Mac 2013,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Pendaftaran bagi BR1M 2.0 bermula 1 November hingga 31 Disember 2012.

"Permohonan bermula 1 November sehingga 31 Disember. Kita harap sesiapa yang tidak membuat permohonan ketika BR1M yang pertama, harap mereka akan buat pada kali ini," katanya ketika ditemui di seminar jualan dua hari oleh pakar jualan dan pemasaran, Bob Urichuck, hari ini.

Seminar itu dianjurkan Kumpulan Syarikat Job Hunt dan menarik lebih 300 peserta.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BRIM 2.0 ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September lalu.

Rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500.
Mengenai pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Lim berkata, Malaysia gembira dengan hubungan semasa dengan negara itu.

"Amerika adalah satu negara penting. Amerika ialah negara dagangan ketiga terbesar kita yang berjumlah 10 peratus daripada keseluruhan perdagangan kita," katanya. - BERNAMA

Anonymous said...

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion

rahhu said...

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sepatutnya tamat pada 31 Disember lalu, dilanjutkan kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran berkenaan.

“Pemohon yang layak boleh terus mendaftar sama ada menggunakan borang kertas BR1M 2.0 atau pun melalui sistem dalam talian menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my. - UTUSAN

Tengku Zulhafeez aziz said...

Second Finance Minister Datuk Seri Husni Hanadzlah said those who claimed the vouchers were among the 6.14 million overall BR1M recipients approved by the government.

Of the 5.369 million total who redeemed the vouchers, 3.993 million were claimed by households, whereas 1.376 million single Malaysians cashed in on the handout.Read more: 5.3 million BR1M 2.0 vouchers claimed - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/5-3-million-br1m-2-0-vouchers-claimed-1.237738#ixzz2O6z0jYVF