iklan

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, December 20, 2013

BR1M 2014 Registration

BR1M 2014 Registration

Applications for 1Malaysia People's Aid (BR1M) 2014 can be made from December 23, 2013 (Monday)
Online application can be made via www.hasil.gov.my.
For manual application, the forms are available at any LHDNM Branches or can be downloaded atwww.hasil.gov.my.
The BR1M 2014 payment will be made on February 2014. Any enquiries can be reach at BR1M Hotline 1-800-88-2716.

Sunday, December 08, 2013

Add my weechat id

Add me

Wednesday, December 04, 2013

Kempen Sokong Produk Bumiputra Muslim- Produk Keluaran Rizza ( Sardin -Makanan dalam Tin)


Melayu pun ada tuna sendiri! beli tuna cina buat apa?
www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDAP <-CLICK

Rizza Mi Udang Segera
Rizza Bihun Cup Segera
Rizza Laksa Cup Segera
Rizza Kuah Laksa
Rizza Sambal Tumis Ikan Keli
Rizza Gulai Ikan Tongkal (Tuna)
Rizza Sardin

Boikot Sardin DAP:
1. Ayam Brand DAP
2. Marina DAP
3. Yeo's DAP
4. Botan DAP
5. 777 DAP
6. PTM DAP
7. Rex DAP
8. Cinta DAP

Wednesday, November 27, 2013

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 Secara Datang Terus (WALK IN)


Tuesday, November 26, 2013

Penglibatan Umat Islam Dalam Perniagaan Main Peranan Penting Kpd Ekonomi Negara

Penglibatan Umat Islam Dalam Perniagaan Main Peranan Penting Kpd Ekonomi Negara
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Penglibatan umat Islam di Malaysia dalam bidang perniagaan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin.

Namun beliau berkata masih ramai peniaga Islam di negara ini belum mahir dalam selok-belok bidang tersebut.

“Apabila kita (umat Islam) menguasai bidang perniagaan, secara automatik kita akan dapat mengubah pandangan orang luar, terutama Barat, bahawa umat Islam juga mampu menjana ekonomi negara dengan lebih baik.

“Kita tidak boleh hanya pandai bercakap untuk mengatasi ekonomi Barat, malah perlu belajar untuk menguasai bidang perniagaan ini,” katanya kepada Bernama.

Ameer Ali bagaimanapun kesal atas tanggapan negatif sebilangan umat Islam di negara ini yang menuduh peniaga dan usahawan Islam yang berniaga, lupa hari akhirat semata-mata untuk mencari kekayaan dunia.

“Mereka ini terlalu taksub sehingga sanggup membuat tuduhan itu sedangkan Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki menerusi perniagaan.

“Saya setuju bahawa kita juga perlu memikirkan tentang hari akhirat, namun kita perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata banyak bukti menunjukkan bahawa sejak zaman Nabi Muhammad SAW, umat Islam telah mencapai banyak kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Ini (bukti kejayaan pada zaman Nabi Muhammad) menunjukkan bahawa agama Islam tidak meletakkan halangan kepada umatnya. Jadi, kita sebagai umat Islam tidak seharusnya memandai-mandai meletakkan agama itu sebagai halangan untuk berjaya,” katanya.

Ameer Ali turut berkata kerajaan telah banyak berusaha untuk memastikan umat Islam di negara ini berjaya dalam bidang perniagaan, terutama suntikan modal kepada usahawan baharu serta panduan untuk menguasai selok-belok perniagaan.

“Umat Islam di Malaysia memperoleh banyak manfaat menerusi bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Jadi, gunakanlah sebaik mungkin untuk memberi kebaikan kepada umat Islam yang lain di negara ini,” katanya.

– BERNAMA

Senarai Rasmi TRW 2014

Berikut senarai LINE UP team bagi MUSIM 2014..
GOMO KELATE GOMO
1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (Gk)
24. Syazwan Yusoff (Gk)

Friday, November 22, 2013

DIGI: Buddyz Never Apart Thanks to DiGi Easy Prepaid!

DEP-Refresh_Poster-Eng-FA_V12_20131003-e1385006106639Who says it’s difficult to stay never apart with your buddyz for free? You just haven’t try out DiGi Easy Prepaid!
With DiGi Easy Prepaid, you get to call, SMS and surf the web for free. Wanna organise a lepak session at the nearest mamak? Just give your buddyz a call. Missing your BFF? Give them a text! Wanna share that new viral video about the fox with your friends? Mobile internet is your best friend!
What’s even better, is you can register up to 3buddyz, so you can call and text them for free, every day! It gets better if you subscribe to any monthly Mobile Internet packages – you’ll get 2 EXTRA BUDDYZ on top of the existing 3, for 5Buddyzaltogether! Got loads of news to share? Now, you don’t have to worry ‘cause it won’t cost you a thing.
DiGi2-e1385006175438
What’s the icing on top of the cake you ask?! Well nothing much, just some UNLIMITED INTERNET at only RM18/month.  Now talk about having worry-free Internet –you can now go online without having to keep track of your data usage. Just how awesome would that feel! *squeals in excitement*
Digi-e1385006485864
Now’s the time to sign up, because if you activate your new SIM card now, you’ll get 2 days of FREEinternet! Cyber freedom FTW.
For more information, hop on over to this website.

Thursday, November 21, 2013

Kempen Sokong Produk Bumiputra Muslim : Santan Qristal

...
Andai ke pasar sekali pun, belum tentu santan yang dibeli segar seratus peratus, malah ada pengusaha tidak bertanggungjawab mencampurkan bahan tambahan supaya ia kelihatan pekat.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Syarikat Qristal Food Resources Sdn Bhd (QFR) menghasilkan produk inovasi terbaru santan sejuk beku dikenali Santan Qristal.

Produk Mohd Aidid Mohd Salleh itu hasil inovasi selama 25 tahun berpengalaman dalam industri itu.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun dengan bantuan rakan sekampung membolehkan Mohd Aidid mencipta mesin khas menghasilkan santan beku.


Pengarah urusannya, Emma Idris berkata, produk inovasi santan beku menggunakan ‘tek­nologi’ terkini yang dicipta abang iparnya itu menggunakan proses pengkristalan dalam menghasilkan Santan Qristal.

Beliau berkata, pembekuan Santan Qristal mengambil masa singkat iaitu kira-kira 20 minit bagi menjamin kualiti santan.

Menggunakan slogan ‘Lebih Mudah, Enak dan Jimat’, Santan Qristal menjimatkan masa memasak, tiada bahan pengawet, aditif dan kimia.

“Santan sejuk beku ini tahan sehingga enam bulan dan anda boleh menikmati rasanya yang asli.

“Setiap santan dengan kepadatan 110 gram, bersamaan dengan separuh biji kelapa,” katanya.

Menjawab persoalan mengapa menggunakan setengah biji kelapa, Emma mengakui jumlah itu kerap digunakan pengguna setiap hari.

Inovasi mesin pengeluaran santan beku itu sudah dipamerkan Sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) tahun lalu.

Emma dan abang iparnya mendapatkan pinjaman Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) di bawah Projek SME IQ Dagang.

Paduan kepakaran Emma dan Aidid, mereka kemudian menubuhkan syarikat di Johor Jaya, Johor, untuk mengeluarkan santan beku sehingga 300 kilogram sehari.

“Saya lulusan Diploma Seni Reka Bentuk Dalaman Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai pengalaman membuka perniagaan sendiri dalam bidang itu pada 2008.

“Abang ipar mengajak saya menyertai syarikat itu dalam bidang pemasaran bagi menambah nilai kepada produk sedia ada,” katanya.

Hasrat abang iparnya mengeluarkan santan keluaran Bumiputera menarik minatnya menceburi perniagaan itu, apatah lagi ia fardu kifayah.

“Santan dan masyarakat tidak dapat dipisahkan,” katanya bercadang memperluaskan syarikat di Sri Gading 2, Batu Pahat, Johor.

Hasil kajian dilakukan sebuah syarikat swasta di Johor mendapati santan beku Santan Qristal mengeluarkan tiga bahan penting.

“Santan beku kami bukan saja menyedapkan masakan, tetapi mempunyai khasiat lain.

“Apabila cair, ia menghasilkan 10 peratus air (air kelapa), 30 peratus santan dan bakinya 60 peratus adalah minyak kelapa dara,” kata­nya.

Syarikat dalam proses mendapatkan paten bagi inovasi santan beku, selain mencari ejen jualan menerusi pakej istimewa membabitkan seunit sejuk beku.

Maklum balas pengguna baik dan syarikat itu bekerjasama dengan FAMA untuk memasarkan produk itu.

Hubungi laman sosial facebook Santan Qristal untuk maklumat lanjut.

Senarai kumpulan untuk Piala Dunia FIFA 2014


Piala Dunia makin hampir.. tahun depan bakal ada orang yang akan terlelap ketika kerja kerana demam bola akan bermula pada tahun depan.. di atas disediakan senarai kumpulan untuk piala dunia fifa pada tahun depan... GOMO JANGAN TAK GOMO

Maklumat lanjut boleh lawati laman sesawang rasmi FIFA 

http://www.fifa.com/index.html

Kempen Sokong Produk Bumiputra Muslim : SOS CILI FIEZA

SOKONG SOS CILI FIEZA dihasilkan oleh Bumiputera 100%!



Kepakaran kami di SOS CILI FIEZA adalah membantu umat islam di dunia menikmati makanan HALAL, SUCI, BERSIH dan SUPER SEDAP sehingga setiap suapan anda mendapat keberkatan dan redho Allah.
Masalahnya ialah yakinkah anda produk2 sos cili di pasaran dijamin halal? 
InsyaAllah kami di SOS CILI FIEZA menjamin 1000% halal dan berKUALITI yang diakui oleh JAKIM.


Wednesday, November 20, 2013

Penjara Paling Sempit Di Dunia

Di Elsalvador ada sebuah cara memenjarakan pesalah kejahatan dalam sebuah penjara yang menyerupai kandang, penjara tersebut sangat sempit dan dihuni oleh banyak orang dan berasak-asak hingga untuk duduk pun banduan tidak ada tempat.

Keadaan penjara pun sangat kotor tak ubah seperti kandang ayam dengan pakaian-pakaian kotor berselerakan dan bergantung dimana-mana. Penjara ini khususnya hanya digunakan untuk memenjarakan penjahat selama 72 jam, namun realitinya ramai banduan yang terkurung didalam tempat mengerikan ini hingga berbulan-bulan bahkan sehingga bertahun-tahun.
Powered by Cincopa




Fakta ringkas:
  1. Penjara ini terletak di San Salvador, iaitu ibukota El Salvador, Amerika Tengah.
  2. Sel kurungan ini sangat sempit dan dihuni oleh para banduan yang harus bersesak, sehinggakan untuk sekadar duduk pun amatlah susah. Keadaannya pun sangatlah kotor. 
  3. Sel ini sebenarnya diperuntukan untuk menahan penjahat selama 72 jam, namun realitinya mereka dikurung selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun kerana tingginya tahap jenayah di negara ini.
  4. Kebanyakan tahanan yang menghuni sel ‘kandang’ ini adalah para anggota gangster Barrio 18 dan Mara Salvatrucha atau lebih dikenali dengan nama MS-13. Kedua-dua kumpulan ini merupakan gangster yang saling bertelagah antara satu sama lain dan amat ditakuti di San Salvador. 
  5. Jumlah anggota kedua gangster yang menghuni penjara seperti ini jumlahnya lebih dari 10 ribu orang!

Tuesday, November 19, 2013

Stastistik Kemalangan Dari International Organisation for Road Accident Prevention


Statistik daripada International Organisation for Road Accident Prevention yang digunapakai oleh UN menunjukkan 90% kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kesilapan atau kecuaian manusia dan hanya 10% sahaja disebabkan kesilapan teknikal atau mekanikal kenderaan.

Antara hasil kajian lain yang dibuat :

1. 1.3 juta kematian di jalan raya berlaku setiap tahun.
2. Lebih daripada 50 juta orang cedera parah akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.
3. Terdapat 3,500 kematian sehari atau 150 kematian setiap jam, dan hampir tiga orang terbunuh di jalan raya setiap minit.
4. Jumlah kematian di jalan raya akan meningkat sebanyak 67 peratus dalam jangkamasa tahun 2000 sehingga 2020, 68 peratus di Timur Tengah dan rantau Afrika Utara, manakala 144 peratus di Asia Tenggara.
4. Negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana dijangkakan mencatatkan peningkatan jumlah kematian di jalan raya sebanyak 83 peratus menjelang tahun 2020.
5. Eropah dan negara-negara berpendapatan tinggi dijangkakan mencatatkan penurunan jumlah kematian di jalan raya sebanyak 27 peratus dalam jangkamasa tahun 2000 sehingga 2020.
6. Jumlah kos kemalangan jalan raya setiap tahun adalah $3 trillion (USD).


Antara Penyebab -Penyebab Lain Kemalangan Adalah:

10. Keadaan Jalan Yang Tak Sempurna

Tahukah anda bahawa jalan yang berlubang, berlopak atau tidak sekata adalah penyebab kepada kemalangan jalanraya yang serius. Ini kerana secara tiba-tiba kenderaan kita mungkin tidak dapat dikawal dengan baik apabila kenderaan kita “terjun” kedalam lopak dan lubang-lubang ini. Sekaligus mungkin kita boleh menjadi panik dan hilang kawalan secara tiba-tiba dalam keadaan mengejut.

9. Cuaca Buruk

Rancanglah perjalanan dengan bijak. Cuba elakkan berhadapan dengan cuaca buruk. Apabila cuaca buruk datang dengan tidak diduga, berhentilah seketika atau lebihkan perhatian dan kawalan kerana keadaan jalan yang licin serta penglihatan yang terhad. Berkemungkinan kita tidak dapat melihat apa yang ada dihadapan, belakang, kiri atau kanan kita.

8. Tabiat Pemanduan Yang Buruk

Bukan cuaca sahaja buruk boleh menyumbang kepada kemalangan, kelaku pemandu yang teruk juga antara penyumbang terbesar dalam statistik kemalangan. Ia bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah boleh mengakibatkan nyawa orang lain terbang sekali. Pemanduan berhemah perlu dipratikkan. Saya sendiri melihat tabiat pemanduan yang buruk berlaku hampir setiap hari, terutama berkaitan had laju dan zon-zon tertentu seperti sekolah dan laluan pejalan kaki. Sikap siapa besar dan siapa laju juga menjadi antara tabiat pemandu sekaligus menjadikan jalanraya sebagai Litar Sepang di mana-mana sahaja termasuk jalan kampung.

7. Gangguan dalam kenderaan

Peka! Itulah perkara yang perlu di amalkan dalam pemanduan. Peka akan hal keselamatan adalah sangat penting. Bukan sahaja diri sendiri dan orang lain, malah kenderaan anda juga. Akan tetapi janganlah kita peka sampai terlalai. Gangguan dalam kereta seperti disuruh mengambil sesuatu, menoleh kerana menegur anak-anak yang nakal dalam kereta, atau bertengkar dalam kereta boleh menjadikan anda lalai seketika. Jika tidak berhati-hati, mungkin anda sendiri tidak sedar yang anda ketika itu sedang memandu kerana melayan gangguan-gangguan tersebut.

6. Penggunaan Dadah

Ini bukan ditujukan pada semua. Namun ada juga segelintir memandu dibawah pengaruh dadah. Tak kira lah apa pun asalkan dadah ia memang sangat merbahaya. Ia mengkhayalkan. Keseimbangan otak yang tidak normal boleh menjadikan si pemandu tidak dapat memberi tumpuan kepada pemanduan. Malah secara langsung dia tidak tahu apa yang dipandunya. Kereta dikatanya kereta kuda, brek jadinya pedal minyak. Siapa mangsa? Kita juga boleh menjadi antaranya.

5. Mabuk

Ini juga lebih kurang dengan spesis yang di atas. Pemandu yang mabuk ini seharusnya tidak memandu. Tetapi pemabuk sememangnya tidak mengaku mereka mabuk. Akhirnya kenderaan mereka boleh mencium tiang elektrik, tembok parit, bergolek atas jalanraya seperti ayam kenny rogers roasters atau menghentam kenderaan kita. Apa yang lebih bahaya, boleh menghinggap pejalan kaki. Pemandu mabuk juga kini boleh terdapat dalam edisi siang hari selain kebiasaanya di malam hari. Sepatutnya mereka dinasihati rakan yang masih “OK” supaya berehat dahulu di mana-mana perhentian, hotel atau pun paling koman dalam kereta sendiri. Memang tidak berbaloi kemalangan dengan pemandu mabuk.

4. Mata

Mata adalah anugerah yang tak ternilai. Selagi ada mata yang boleh melihat, selagi itu boleh memandang apa yang ada disekeliling. Namun begitu kemalangan juga boleh berlaku kerana mata. Ini kerana sikap ingin tahu membuatkan mata menjalankan kerjanya. Seperti ketika berlaku kemalangan jalanraya, ada pemandu memandang sampai tak beralih kepada dan ada pula yang sampai mulut ter-nganga sampai apa yang nak dihadap dihadapan pun tak dipeduli lagi. Akhirnya, kita bukan sahaja dapat melihat kemalangan orang lain, malah mungkin membolehkan orang lain melihat kemalangan yang melibatkan kita sendiri.

3. Makanan dan Minuman

Memang agak terpencil kerana jarang ada yang baham nasi kandar sambil memandu. Tetapi makanan dan minuman juga boleh jadi penyebab. Lengkapkan kereta anda dengan aksesori bagi meletakkan cawan/gelas atau botol supaya ia tidak jatuh,terbalik, terpelanting atau sebagainya. Paling bahaya ada pula yang letak atas riba. Kena kopi panas tumpah atas paha, mau tak melompat dalam kereta jadinya. Tu tak taulah kalau ada yang terpelanting naik atas muka..

2. Pemain Radio

Pemanduan yang sunyi sepi sangat membosankan. Tambahan isteri pula berleter-leter dalam kereta. Hilangkan stress dengan memainkan radio. Tetapi jangan sampai jadi DJ plak. Tak henti henti putar siaran. Tukar CD itu, pasang CD ini. Siap tengok playlist lagi dok pilih-pilijh lagu jiwang, dangdut atau hindustan. Ini kerja danger. Memang perkara kecil, tapi akibatnya sangat besar.

1. Telefon

Kebanyakkan negara meletakkan penggunaan telefon secara tidak beretika merupakan punca utama penyebab nombor satu kepada kemalangan maut. Sememangnya tidak kira dengan apa cara juga samada gunakan tangan atau handsfree, kita boleh hilang tumpuan kerana berkomunikasi dengan telefon juga boleh memainkan emosi, khayalan dan perasaan kita ketika menggunakannya. Seharusnya cuba elakkan atau berhubunglah di tempat yang lebih selamat.

Tips dan Panduan Jika Kereta Mengalami Pancit @ Kebocoran

Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan..dah sampai masanya dia nak terkena paku pun bergitu unsur di khianati juga tidak mustahil.
Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah

2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.

Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.

Monday, November 18, 2013

Kalender dan Pendaftaran Muet 2014

Borang pendaftaran dan kalendar aktiviti jadual MUET 2014 secara online. Kepada calon yang akan mendaftar peperiksaan Malaysian English University Test (MUET), berikut adalah maklumat penting sebagai panduan anda. Peperiksaan MUET diadakan tiga kali setahun iaitu pada sesi Mac, Julai dan November 2014. MUET adalah wajib diambil bagi semua calon yang akan mengambil program Ijazah di IPTA atau IPTS. Peperiksaan MUET juga akan diadakan di Sekolah Kerajaan dan juga di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.
semakan muet
Borang Pendaftaran MUET  2014 Online

Sila layari http://mesp.mpm.edu.my/online/loginApplication/uicontroller.jsp
Nota: Calon dinasihatkan membeli nombor pin MUET di cawangan Bank BSN yang berdekatan sebelum membuat permohonan secara online.
Kalendar Aktiviti MUET 2014

Sumber: Borang Pendaftaran Dan Kalendar Jadual MUET 2014 Online 


Monday, November 11, 2013

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Tuanku Al Sultan Muhammad ke-V, Sultan & Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Serta Jajahan Takluknya

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Tuanku Al Sultan Muhammad ke-V, Sultan & Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Serta Jajahan Takluknya

Saturday, November 09, 2013

Download : TANDA PUTERA

DOWNLOAD:

 GDRIVE LINK 


Sypnosis:

Layak Ditonton, Bagi kenal sikit sejarah Malaysia

Wednesday, September 18, 2013

Peluang Bersyarat Untuk Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan peluang bersyarat kepada guru dari Semenanjung, yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak untuk pulang bertugas ke negeri pilihan, mulai Januari 2014.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tawaran sama juga dibuka kepada guru dari kedua-dua negeri itu, yang sedang bertugas di Semenanjung, tetapi berminat kembali berkhidmat di kampung halaman masing-masing.

“Kita membuat kajian terperinci dan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan guru tiada masalah besar menjalankan tugasan di lokasi mereka ditempatkan.

“Bagaimanapun, melalui kajian sama, kita menetapkan beberapa faktor melayakkan permohonan guru untuk bertukar sekolah seperti pasangan suami atau isteri bertugas di negeri berbeza dan sudah mengajar di sesuatu kawasan terlalu lama.

“Kajian dan mekanisme ini penting kerana kita banyak menerima permohonan pertukaran daripada guru, terutama yang berasal dari Semenanjung dan kini mengajar di Sabah atau Sarawak untuk pulang ke negeri asal masing-masing,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu sama pada sidang media selepas Majlis Sarapan Bersama Ibu Bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, semalam, Idris berkata, tawaran itu turut membolehkan mana-mana guru untuk mengajar di negeri lebih jauh, mengikut pilihan masing-masing sama ada di sekolah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Pada majlis sama, Idris turut mengumumkan peruntukan RM20,000 kepada SK Seri Pristana bagi menaik taraf infrastruktur dan keperluan sekolah berkenaan.

Beliau turut mengadakan lawatan ke bilik persalinan sekolah terbabit yang mencetuskan kontroversi pada Ramadan lalu berikutan pengurusan sekolah dikata mengarahkan murid bukan Islam makan pada waktu rehat di situ, yang didakwa adalah tandas.

Mengulas isu berkenaan, Idris berkata, hasil pemeriksaan dan pemerhatian dijalankan beberapa pihak mendapati dakwaan itu tidak tepat kerana bilik dimaksudkan bukan tandas, malah ia juga dalam keadaan bersih.

“Kunjungan saya hari ini (semalam) turut mendapati kantin yang dibaik pulih pada bulan puasa lalu sudah beroperasi semula, jadi saya anggap kontroversi ini sudah tamat” katanya. 

Sumber : BERITA HARIAN

Saturday, August 24, 2013

Program-Program Kemerdekaan Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum,

Pada 16hb hari itu kerajaan telah melancarkan bulan kemerdekaan ke 56 bagi Malaysia, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh kerajaan dari 16hb Ogos 2013 sehingga 16hb September iaitu Hari Malaysia. Kita telah 56 tahun merdeka di harap mentaliti masyarakat Malaysia berada di tahap terbaik. Bukan senang kita hendak mencapai Kemerdekaan, di mana Malaysia (Dahulu Tanah Melayu) telah dijajah beratus tahun lamanya. Semoga Kemerdekaan Kali ini di hayati oleh rakyat Malaysia terutama generasi muda atau generasi y, kemerdekaan bukan semata-mata bebas ke mana-mana tapi kita juga kena bebas dari dijajah minda dan budaya.


Berikut Adalah Antara aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan Ke-56: 

OGOS 2013

  • Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013
    • Tarikh: 16 Ogos 2013 (Jumaat)
    • Masa: 8.00 malam
    • Tempat: Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah
    • Tetamu: YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

  • Ambang Merdeka 2013
    • Tarikh: 30 Ogos 2013 (Jumaat)
    • Masa: 8.00 malam
    • Tempat: Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya
    • Tetamu: YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

  • Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-56
    • Tarikh: 31 Ogos 2013 (Sabtu)
    • Masa: 8.00 pagi
    • Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
    • Tetamu: SPB Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

    SEPTEMBER 2013

    • Istiadat Perbarisan Dan Rapat Raksaksa Sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia 50 Tahun
      • Tarikh: 16 September 2013 (Isnin)
      • Masa: 7.30 pagi
      • Tempat: Padang Merdeka, Kuching Sarawak

    • Pelancaran Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Sabah
      • Tarikh: 16 September 2013 (Isnin)
      • Masa: 8.00 malam
      • Tempat: Taman Philip, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

    PROGRAM / AKTIVITI BERKAITAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 DAN JUBLI EMAS HARI MALAYSIA:


    Ikhlas Dari:

    Tengku Zulhafeez T.Aziz
    Teratak Bonda Resources
    Katering Service, IT Support And Cybercafe
    Ketereh,Kota Bharu, Kelantan
    019-990 9602 / 014-805 8883

    Wednesday, July 24, 2013

    Keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kecil Kuala Besut


    Keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kecil Kuala Besut : BN menang semua peti undi dengan majoriti 2642 undi berbanding 2434 undi pada PRU13. Alhamdulillah jika keputusan rasmi kekal begini kerana BN berjaya menambah majoriti walaupun jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihanraya kecil kali ini menurun kepada 78% berbanding 87% pada PRU13.

    Thursday, July 18, 2013

    SOKONG PRODUK BUMIPUTERA ISLAM SEBARKAN: Flyers BBCD



    1.Download flyers ini dan Print sekeping. Lepas tu fotostat sebanyak RM5.00 = 50 Keping. Edarkan di kawasan masjid/surau kawasan anda pada waktu lepas terawih, solat jumaat, atau pada-pada waktu-waktu yang lain juga. Jika anda malu untuk edarkan dari tangan ke tangan, anda boleh sahaja letak di hotspot kawasan masjid di tangga, bangku, kerusi, pintu masuk utama, tempat minum air atau tempat yang mudah dilihat dan menjadi tumpuan orang ramai di bahagian masjid/surau itu.Atau di peti surat kawasan kediaman anda.Terpulang pada anda.

    2.Jika semasa edaran ada yang bertanya:
    "eh betul ke produk ni milik bumiputera, setahu saya dah kena jual dengan cina ni.."

    3.Saudara hanya perlu menjawab:
    "Sebarang pertanyaan dan bukti boleh diajukan di laman web yang tertera dibawah iaituwww.BBCDrasmi.blogspot.com, semua maklumat dan bukti ada disana, kerana blog ini boleh menampilkan bukti sijil pemilikan untuk setiap produk yang diambil datanya dari Jabatan Syarikat SuruhanJaya Malaysia (SSM)" itu sahaja jawapannya.

    4.Flyers ini memuatkan barang-barang bumiputera sahaja dengan bertajuk "Sokong Produk Bumiputera Islam" yang tiada langsung perkataan agenda kepartian seperti "boikot barangan cina dap" dan sebagainya yang tidak wajar. Jadi penyebaran flyers ini lebih merujuk kepada sokongan produk bumiputera Islam sahaja. Ayuh lakukan kerana, ramai golongan 40 tahun keatas tidak tahu menggunakan teknologi seperti kita.

    5.Untuk yang mahu membawa senarai ini bila membeli belah di pasaraya juga adalah digalakkan, kerana flyers ini hanya 1 keping sahaja berbanding BBCD kit kami yang boleh didownload di blogspot kami yang hampir 50 muka surat.

    PASTIKAN SUMBER DARI BBCD SAHAJA KERANA ADA LAPORAN MENGENAI FLYERS YANG PALSU

    Sunday, July 14, 2013

    KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 1434H / 2013M


    KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 1434H / 2013M

    1. Perlis - RM6.00
    2. Kedah - RM7.00
    3. Pulau Pinang - RM7.00
    4. Perak - RM7.00
    5. Selangor - RM7.00
    6. Negeri Sembilan - RM6.50
    7. Melaka - RM6.50
    8. Johor - RM5.00 / 8.00 *
    9. Pahang - RM7.00
    10. Terengganu - RM4.50 / 7.00 / 7.60*
    11. Kelantan - RM7.00
    12. Sarawak - RM6.50
    13. Sabah - RM7.00
    14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan - RM7.00

    * Pilihan mengikut jenis beras yang dimakan. (Mengikut kemampuan masing-masing)

    Wednesday, May 15, 2013

    KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013-2018

    Pagi esok upacara angkat sumpah pegang jawatan dan kerahsiaan(16 MEI 2013,Khamis).



    Senarai Penuh Kabinet baru bagi penggal 2013-2018

    PERDANA MENTERI:

    DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)

    TIMBALAN PERDANA MENTERI:

    TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

    JABATAN PERDANA MENTERI:

    MENTERI:

    (1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
    (2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
    (3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
    (4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
    (5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
    (6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
    (7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
    (8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
    TIMBALAN MENTERI:
    (1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
    (2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

    MENTERI KEWANGAN:

    (1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
    (2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

    MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:

    (1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
    (2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
    (4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

    MENTERI PERTAHANAN:

    (1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

    MENTERI PENGANGKUTAN:

    (1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

    MENTERI DALAM NEGERI:

    (1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

    MENTERI KERJA RAYA:

    (1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

    MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

    (1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

    MENTERI LUAR NEGERI:

    (1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

    MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:

    (1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

    MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:

    (1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

    MENTERI SUMBER MANUSIA:

    (1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

    MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

    (1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

    MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

    (1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

    MENTERI BELIA DAN SUKAN:

    (1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

    MENTERI KESIHATAN:

    (1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

    MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

    (1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

    MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:

    (1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

    MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

    (1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

    MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

    (1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

    MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:

    (1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

    MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:

    (1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

    MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

    (1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

    MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

    (1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
    TIMBALAN MENTERI:
    (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)