iklan

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, March 30, 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER - 30/3/2013 (SABTU)


KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER - 30/3/2013 (SABTU)
  1. T-Team 1 - 3 Pahang
  2. Johor DT 3 - 2 Terengganu
  3. PKNS 0 - 1 Perak
Apa Komen anda atas mutu pengadilan perlawanan JOHOR DT vs TERENGGANU 

(JOB) Kerajaan Negeri Perak ..Tarikh Tutup 12 APRIL 2013

Tarikh Tutup : 12 April 2013 

Kerajaan Negeri Perak Menawarkan Peluang Pekerjaan Kepada Sesiapa Yang Layak Dan Berminat, maklumat jawatan adalah seperti di bawah:

JAWATAN:
1. PEMBANTU AM PEJABAT (Gred N1)
2. PEKERJA AWAM (Gred R1)
3. PENGAWAS HUTAN (Gred G11)
4. TUKANG K2 (Gred R11)
5. PEMBANTU MUZIUM (Gred S17)
6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Gred S17)
7. PEMBANTU TADBIR (KEW) / PEMBANTU AKAUNTAN (Gred W17)
8. JURUAUDIO VISUAL (Gred N17)
9. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (Gred N17)
10. RENJER HUTAN (Gred G17)
11. PEMBANTU LAUT (Gred A17)
12. PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17)
13. JURUBAHASA (Gred L17)
14. PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17)
15. JURUTEKNIK (AWAM) (Gred J17)
16. PENYELIA ASRAMA (Gred N17)
17. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (Gred G27)
18. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (Gred G27)
19. PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)
20. PEKERJA AWAM KHAS (Gred R3)
21. PEMANDU KENDERAAN (Gred R3)
22. OPERATOR LOJI (Gred R3)
23. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (Gred S41)
24. TUKANG K3 (Gred R9)
25. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (Gred DG41)
26. PEMBANTU SYARIAH (Gred LS17)
27. PEGAWAI SYARIAH (Gred LS41)

IKLAN JAWATAN DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spaonline.perak.gov.my/spasuk/index.php

Tarikh Tutup : 12 April 2013 

Friday, March 29, 2013

(TUTUP)Peluang Kerjaya Bagi Orang Kelainan Upaya(OKU) di MYDIN

Peluang Kerjaya Bagi Orang Kelainan Upaya(OKU) di MYDIN

Mydin dengan kerjasama JKM-JICA akan mengadakan Karnival Kerjaya Khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya bagi mereka yang membina kerjaya dalam biddang peruncitan dan borong.Maklumat Karnival sila lihat di Poster di atas. Tarikh Karnival adalah 2 APRIL 2013 hari Selasa. Sila Bawa Resume Anda Untuk Sesi Temuduga.

Sumber Dari Facebook Page : 

Tuesday, March 26, 2013

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.


Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:

Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:

Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:

Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:

Babi liar.

5. Lard:

Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:

Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:

Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:

Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:

Susu babi.

10.Pig:

Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:

Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Friday, March 22, 2013

(TUTUP) PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK - PTD GRED M41

(PERMOHONAN TELAH DITUTUP)
PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK - PTD GRED M41


Calon-calon lepasan ijazah yang berminat untuk memohon jawatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) GRED M41 hendaklah mendaftarkan permohonan mengisi Borang Permohonan Jawatan SPA di : http://www.spa.gov.my


Tarikh Tutup untuk Permohonan Baru hendaklah dibuat sebelum atau pada : 

28 Mac 2013 (Khamis) jam 11.59 malam.

(TUTUP)PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 

(11.59 MALAM)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
2.2 Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
3.5.1 Bahasa Melayu;
3.5.2 Sejarah;
3.5.3 Satu (1) mata pelajaran yang lain;
serta
3.5.4 lulus Bahasa Inggeris.
3.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
4.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.1.3 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:

5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)

5.1.1 Bahasa Melayu
5.1.11 Pendidikan Jasmani
5.1.2 Bahasa Inggeris
5.1.12 Pendidikan Seni Visual
5.1.3 Matematik
5.1.13 Sejarah
5.1.4 Sains
5.1.14 Muzik
5.1.5 Pendidikan Khas
5.1.15 Pemulihan
5.1.6 Pendidikan Islam
5.1.16 Reka Bentuk dan Teknologi
5.1.7 Bimbingan dan Kaunseling
5.1.17 Bahasa Tamil
5.1.8 Bahasa Cina
5.1.18 Bahasa Arab
5.1.9 Bahasa Kadazan Dusun
5.1.19 Bahasa Iban
5.1.10 Pra Sekolah

5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

5.2.1 Bahasa Melayu
5.2.9 Pendidikan Seni Visual
5.2.2 Bahasa Inggeris
5.2.10 Sejarah
5.2.3 Matematik
5.2.11 Muzik
5.2.4 Sains
5.2.12 Pemulihan
5.2.5 Pendidikan Khas
5.2.13 Reka Bentuk dan Teknologi
5.2.6 Pendidikan Islam
5.2.14 Bimbingan dan Kaunseling
5.2.7 Pendidikan Jasmani
5.2.15 Pra Sekolah
5.2.8 Pengajian Cina

5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

5.3.1 Bahasa Melayu
5.3.9 Pendidikan Seni Visual
5.3.2 Bahasa Inggeris
5.3.10 Sejarah
5.3.3 Matematik
5.3.11 Muzik
5.3.4 Sains
5.3.12 Pemulihan
5.3.5 Pendidikan Khas
5.3.13 Reka Bentuk dan Teknologi
5.3.6 Pendidikan Islam
5.3.14 Bimbingan dan Kaunseling
5.3.7 Pendidikan Jasmani
5.3.15 Pra Sekolah
5.3.8 Pengajian Tamil


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)
AMBILAN KHAS JUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut:

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah:
a) Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
b) Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan (Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester)
2.2 Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester)
3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
4.1.1 Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).
4.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
4.2.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.

5. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
5.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
5.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
5.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1.3 Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu Komunikasi;
ii. Sejarah; dan
iii. Pendidikan Moral.
5.2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
5.2.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
5.2.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.2.3 Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.2.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii. Sejarah; dan
iii. Pendidikan Syariah Islamiah.


CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PERINGATAN
Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 

(11.59 MALAM)



15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh gred A

Foto
PENGARAH Pelajaran Selangor, Mahmud Karim bersama pelajar cemerlang SPM 2012 gembira menunjukkan keputusan mereka di Jabatan Pelajaran Selangor. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria

PUTRAJAYA: Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, 13,721 daripada calon itu adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012, di sini, hari ini.

Abd Ghafar berkata, 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan 27.5 peratus.

Beliau berkata, daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki 

Seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2012, pertambahan 0.8 peratus berbanding 468,808 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 415,530 adalah calon sekolah KPM. 

Peperiksaan bertulis SPM 2012 dijalankan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu, di 3,590 pusat peperiksaan, membabitkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa. 
PM turut menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara termasuk daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom, bagi memastikan peperiksaan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Thursday, March 21, 2013

Twisties Superstarz X ONLINE Audition

 got The Voice? Got Talent? Got the X-Factor? Prove it! Submit now at the link below.

Twisties Superstraz is back! This time, they're looking for that x-factor. It's not about the voice anymore. They're looking out for your special move and signature iconic style (think Lady Gaga, Michael Jackson, Yuna, P.Ramlee, Bruno Mars). Join Now.




Twisties Superstarz X 

Although the program has a lot of talent within the Malaysian carried out, it is not much that can provide freedom to individuals to be themselves.

More especially if you have a unique personality & very different from other people - now you have a place to present your side could possibly be an icon.

Twisties Superstarz X  find people with unique talent and potential to become iconic with the guidance of local celebrities will be selected to be a mentor.

When we say unique & iconic, it's meant as unique talent of Michael Jackson, Lady Gaga, Nicki Minaj and Katy Perry are successful popular and influential throughout the world with a distinctive style.

If we look in our own country, talent like Yuna, Zee Avi and Najwa Latif has their own unique personality which allow them to become an iconic figure for the fans.

You not only need to have a great talent, but also great personalities that can manifest as an influence to those who love the twists and 'bizarre'. identity 

Twisties Superstarz X is conducting an online audition for you who are interested - no need to go down to the location that has directed like other talent contests. Easy right?

Monday, March 18, 2013

STPM 2012: Keputusan cemerlang lebih tinggi


Post Pic

SELAYANG: Lebih ramai pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas berbanding tahun 2011.

Seramai 442 calon atau 0.86 peratus mendapat CGPA 4.0 berbanding 300 calon atau 0.59 peratus pada tahun sebelumnya.

Bilangan pelajar cemerlang, pelajar yang mendapat 5A juga meningkat dari enam kepada 18 pelajar.

STPM 2012 adalah yang terakhir yang akan diadakan di bawah format lama apabila tiga tahun lalu Kementerian Pelajaran memutuskan merombak format peperiksaan yang lama kepada format semester.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berharap format yang baru akan menggalakkan lebih ramai pelajar menduduki STPM.

"Keputusan semester pertama di bawah format baharu akan dikeluarkan Khamis ini. Saya fikir pelajar melakukan lebih baik daripada yang kita harapkan.

"Tetapi adalah tidak adil untuk membandingkan keputusan semester satu ini dengan format lama, kerana pelajar-pelajar ini baru memulakan pengajian mereka," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan di sini, Isnin.

Sebanyak 51,673 pelajar menduduki peperiksaan ini tahun lepas.-mstar online