iklan

Saturday, April 13, 2013

Ahli Parlimen wanita pertama,meninggal dunia

Tokoh politik UMNO meninggal dunia
Anak sulung Allahyarham Datuk Fatimah Abdul Majid, Siti Zainab Sheikh Abu Bakar (dua dari kanan) dan adiknya Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar (kanan) memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarham sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam.

Kuala Lumpur: Tokoh politik tanah air yang juga antara pengasas UMNO, Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi, semalam. 

Terbabit dalam politik sejak 1964, Allahyarham adalah wanita pertama menjadi Ahli Dewan Rakyat dari 1964 hingga 1978, selain mengasaskan Askar Wataniah. 

Fatimah meninggalkan lapan anak perempuan, 12 cucu dan 11 cicit. 


50 hari di IJN 

Anaknya yang juga bekas Hakim Mahkamah Perusahaan, Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar, berkata ibunya sakit sejak bulan lalu dan dimasukkan ke IJN selama 50 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

Seorang lagi anaknya, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Siti Zainab, berkata Allahyarham ibunya seorang pejuang politik yang cintakan bangsa dan negara. 

“UMNO menjadi perjuangan hidupnya hingga ke akhir hayat,” katanya. 

Lakar sejarah 

Sementara itu, Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Allahyarham bukan saja melakar sejarah sebagai Ahli Parlimen wanita pertama tetapi juga srikandi Wanita UMNO yang besar jasanya dalam perjuangan memartabat maruah wanita Malaysia. 

“Warisan Allahyarham disanjung hingga ke hari ini dan dikenang selama-lamanya,” katanya. 

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara kira-kira jam 5 petang semalam.

Reactions:

0 komenentar: