iklan

Thursday, November 21, 2013

Kempen Sokong Produk Bumiputra Muslim : Santan Qristal

...
Andai ke pasar sekali pun, belum tentu santan yang dibeli segar seratus peratus, malah ada pengusaha tidak bertanggungjawab mencampurkan bahan tambahan supaya ia kelihatan pekat.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Syarikat Qristal Food Resources Sdn Bhd (QFR) menghasilkan produk inovasi terbaru santan sejuk beku dikenali Santan Qristal.

Produk Mohd Aidid Mohd Salleh itu hasil inovasi selama 25 tahun berpengalaman dalam industri itu.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun dengan bantuan rakan sekampung membolehkan Mohd Aidid mencipta mesin khas menghasilkan santan beku.


Pengarah urusannya, Emma Idris berkata, produk inovasi santan beku menggunakan ‘tek­nologi’ terkini yang dicipta abang iparnya itu menggunakan proses pengkristalan dalam menghasilkan Santan Qristal.

Beliau berkata, pembekuan Santan Qristal mengambil masa singkat iaitu kira-kira 20 minit bagi menjamin kualiti santan.

Menggunakan slogan ‘Lebih Mudah, Enak dan Jimat’, Santan Qristal menjimatkan masa memasak, tiada bahan pengawet, aditif dan kimia.

“Santan sejuk beku ini tahan sehingga enam bulan dan anda boleh menikmati rasanya yang asli.

“Setiap santan dengan kepadatan 110 gram, bersamaan dengan separuh biji kelapa,” katanya.

Menjawab persoalan mengapa menggunakan setengah biji kelapa, Emma mengakui jumlah itu kerap digunakan pengguna setiap hari.

Inovasi mesin pengeluaran santan beku itu sudah dipamerkan Sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) tahun lalu.

Emma dan abang iparnya mendapatkan pinjaman Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) di bawah Projek SME IQ Dagang.

Paduan kepakaran Emma dan Aidid, mereka kemudian menubuhkan syarikat di Johor Jaya, Johor, untuk mengeluarkan santan beku sehingga 300 kilogram sehari.

“Saya lulusan Diploma Seni Reka Bentuk Dalaman Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai pengalaman membuka perniagaan sendiri dalam bidang itu pada 2008.

“Abang ipar mengajak saya menyertai syarikat itu dalam bidang pemasaran bagi menambah nilai kepada produk sedia ada,” katanya.

Hasrat abang iparnya mengeluarkan santan keluaran Bumiputera menarik minatnya menceburi perniagaan itu, apatah lagi ia fardu kifayah.

“Santan dan masyarakat tidak dapat dipisahkan,” katanya bercadang memperluaskan syarikat di Sri Gading 2, Batu Pahat, Johor.

Hasil kajian dilakukan sebuah syarikat swasta di Johor mendapati santan beku Santan Qristal mengeluarkan tiga bahan penting.

“Santan beku kami bukan saja menyedapkan masakan, tetapi mempunyai khasiat lain.

“Apabila cair, ia menghasilkan 10 peratus air (air kelapa), 30 peratus santan dan bakinya 60 peratus adalah minyak kelapa dara,” kata­nya.

Syarikat dalam proses mendapatkan paten bagi inovasi santan beku, selain mencari ejen jualan menerusi pakej istimewa membabitkan seunit sejuk beku.

Maklum balas pengguna baik dan syarikat itu bekerjasama dengan FAMA untuk memasarkan produk itu.

Hubungi laman sosial facebook Santan Qristal untuk maklumat lanjut.

Reactions:

0 komenentar: