iklan

Tuesday, November 19, 2013

Stastistik Kemalangan Dari International Organisation for Road Accident Prevention


Statistik daripada International Organisation for Road Accident Prevention yang digunapakai oleh UN menunjukkan 90% kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kesilapan atau kecuaian manusia dan hanya 10% sahaja disebabkan kesilapan teknikal atau mekanikal kenderaan.

Antara hasil kajian lain yang dibuat :

1. 1.3 juta kematian di jalan raya berlaku setiap tahun.
2. Lebih daripada 50 juta orang cedera parah akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.
3. Terdapat 3,500 kematian sehari atau 150 kematian setiap jam, dan hampir tiga orang terbunuh di jalan raya setiap minit.
4. Jumlah kematian di jalan raya akan meningkat sebanyak 67 peratus dalam jangkamasa tahun 2000 sehingga 2020, 68 peratus di Timur Tengah dan rantau Afrika Utara, manakala 144 peratus di Asia Tenggara.
4. Negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana dijangkakan mencatatkan peningkatan jumlah kematian di jalan raya sebanyak 83 peratus menjelang tahun 2020.
5. Eropah dan negara-negara berpendapatan tinggi dijangkakan mencatatkan penurunan jumlah kematian di jalan raya sebanyak 27 peratus dalam jangkamasa tahun 2000 sehingga 2020.
6. Jumlah kos kemalangan jalan raya setiap tahun adalah $3 trillion (USD).


Antara Penyebab -Penyebab Lain Kemalangan Adalah:

10. Keadaan Jalan Yang Tak Sempurna

Tahukah anda bahawa jalan yang berlubang, berlopak atau tidak sekata adalah penyebab kepada kemalangan jalanraya yang serius. Ini kerana secara tiba-tiba kenderaan kita mungkin tidak dapat dikawal dengan baik apabila kenderaan kita “terjun” kedalam lopak dan lubang-lubang ini. Sekaligus mungkin kita boleh menjadi panik dan hilang kawalan secara tiba-tiba dalam keadaan mengejut.

9. Cuaca Buruk

Rancanglah perjalanan dengan bijak. Cuba elakkan berhadapan dengan cuaca buruk. Apabila cuaca buruk datang dengan tidak diduga, berhentilah seketika atau lebihkan perhatian dan kawalan kerana keadaan jalan yang licin serta penglihatan yang terhad. Berkemungkinan kita tidak dapat melihat apa yang ada dihadapan, belakang, kiri atau kanan kita.

8. Tabiat Pemanduan Yang Buruk

Bukan cuaca sahaja buruk boleh menyumbang kepada kemalangan, kelaku pemandu yang teruk juga antara penyumbang terbesar dalam statistik kemalangan. Ia bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah boleh mengakibatkan nyawa orang lain terbang sekali. Pemanduan berhemah perlu dipratikkan. Saya sendiri melihat tabiat pemanduan yang buruk berlaku hampir setiap hari, terutama berkaitan had laju dan zon-zon tertentu seperti sekolah dan laluan pejalan kaki. Sikap siapa besar dan siapa laju juga menjadi antara tabiat pemandu sekaligus menjadikan jalanraya sebagai Litar Sepang di mana-mana sahaja termasuk jalan kampung.

7. Gangguan dalam kenderaan

Peka! Itulah perkara yang perlu di amalkan dalam pemanduan. Peka akan hal keselamatan adalah sangat penting. Bukan sahaja diri sendiri dan orang lain, malah kenderaan anda juga. Akan tetapi janganlah kita peka sampai terlalai. Gangguan dalam kereta seperti disuruh mengambil sesuatu, menoleh kerana menegur anak-anak yang nakal dalam kereta, atau bertengkar dalam kereta boleh menjadikan anda lalai seketika. Jika tidak berhati-hati, mungkin anda sendiri tidak sedar yang anda ketika itu sedang memandu kerana melayan gangguan-gangguan tersebut.

6. Penggunaan Dadah

Ini bukan ditujukan pada semua. Namun ada juga segelintir memandu dibawah pengaruh dadah. Tak kira lah apa pun asalkan dadah ia memang sangat merbahaya. Ia mengkhayalkan. Keseimbangan otak yang tidak normal boleh menjadikan si pemandu tidak dapat memberi tumpuan kepada pemanduan. Malah secara langsung dia tidak tahu apa yang dipandunya. Kereta dikatanya kereta kuda, brek jadinya pedal minyak. Siapa mangsa? Kita juga boleh menjadi antaranya.

5. Mabuk

Ini juga lebih kurang dengan spesis yang di atas. Pemandu yang mabuk ini seharusnya tidak memandu. Tetapi pemabuk sememangnya tidak mengaku mereka mabuk. Akhirnya kenderaan mereka boleh mencium tiang elektrik, tembok parit, bergolek atas jalanraya seperti ayam kenny rogers roasters atau menghentam kenderaan kita. Apa yang lebih bahaya, boleh menghinggap pejalan kaki. Pemandu mabuk juga kini boleh terdapat dalam edisi siang hari selain kebiasaanya di malam hari. Sepatutnya mereka dinasihati rakan yang masih “OK” supaya berehat dahulu di mana-mana perhentian, hotel atau pun paling koman dalam kereta sendiri. Memang tidak berbaloi kemalangan dengan pemandu mabuk.

4. Mata

Mata adalah anugerah yang tak ternilai. Selagi ada mata yang boleh melihat, selagi itu boleh memandang apa yang ada disekeliling. Namun begitu kemalangan juga boleh berlaku kerana mata. Ini kerana sikap ingin tahu membuatkan mata menjalankan kerjanya. Seperti ketika berlaku kemalangan jalanraya, ada pemandu memandang sampai tak beralih kepada dan ada pula yang sampai mulut ter-nganga sampai apa yang nak dihadap dihadapan pun tak dipeduli lagi. Akhirnya, kita bukan sahaja dapat melihat kemalangan orang lain, malah mungkin membolehkan orang lain melihat kemalangan yang melibatkan kita sendiri.

3. Makanan dan Minuman

Memang agak terpencil kerana jarang ada yang baham nasi kandar sambil memandu. Tetapi makanan dan minuman juga boleh jadi penyebab. Lengkapkan kereta anda dengan aksesori bagi meletakkan cawan/gelas atau botol supaya ia tidak jatuh,terbalik, terpelanting atau sebagainya. Paling bahaya ada pula yang letak atas riba. Kena kopi panas tumpah atas paha, mau tak melompat dalam kereta jadinya. Tu tak taulah kalau ada yang terpelanting naik atas muka..

2. Pemain Radio

Pemanduan yang sunyi sepi sangat membosankan. Tambahan isteri pula berleter-leter dalam kereta. Hilangkan stress dengan memainkan radio. Tetapi jangan sampai jadi DJ plak. Tak henti henti putar siaran. Tukar CD itu, pasang CD ini. Siap tengok playlist lagi dok pilih-pilijh lagu jiwang, dangdut atau hindustan. Ini kerja danger. Memang perkara kecil, tapi akibatnya sangat besar.

1. Telefon

Kebanyakkan negara meletakkan penggunaan telefon secara tidak beretika merupakan punca utama penyebab nombor satu kepada kemalangan maut. Sememangnya tidak kira dengan apa cara juga samada gunakan tangan atau handsfree, kita boleh hilang tumpuan kerana berkomunikasi dengan telefon juga boleh memainkan emosi, khayalan dan perasaan kita ketika menggunakannya. Seharusnya cuba elakkan atau berhubunglah di tempat yang lebih selamat.

Reactions:

0 komenentar: