iklan

Monday, March 10, 2014

[‪#‎MASalert‬] Sidang Media diketuai Datuk Seri Hishammuddin Petang Tadi 10032014


Terkini dari sidang media ‪#‎MH370‬ di KLIA diketuai oleh Datuk Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein

1. Fokus utama adalah untuk mencari dan menyelamat
2. Delegasi dari China sudah tiba dan sedang bekerjasama dengan pihak di sini
3. Saya merayu agar semua orang agar tidak menyebarkan berita palsu - akan menganggu pencarian dan menganggu emosi keluarga yang menanti kepulangan ahli keluarga yang terlibat
4. Jangan sebarkan berita tidak sahih kepada kaum keluarga yang menunggu...
5. Sidang media ini adalah untuk memberi informasi kepada anda semua
6. Kami telah menghantar kapal ke Vietnam untuk mengenalpasti "objek" yang dilaporkan media
7. Duta dari China dilaporkan berpuas hati dengan siasatan kita setakat ini
8. Kesemua maklumat mengenai dua pasport yang dicuri telah diserahkan kepada agensi perisikan antarabangsa
9. Pesawat yang hilang harus dicari dahulu sebelum memberi fokus kepada perkara-perkara lain
10. Kami tidak memandang ringan apa sahaja perkara yang berkaitan
11. Pihak negara China akan membantu kita dalam semua perkara
12. New Zealand juga sudah menghulurkan bantuan
13. Kita tidak tolak apa jua kemungkinan samada pesawat MH370 disabotaj atau tidak
14. Foto penumpang yang menggunakan pasport curi sudah diedarkan kepada agensi perisikan antarabangsa dan akan diberikan kepada media tidak lama lagi
15. Pihak Boeing sudah berada di Malaysia dan DCA akan bertemu dengan mereka untuk menjalankan siasatan
16. Kami akan berkongsi carta lokasi pencarian kami dengan media tidak lama lagi
17. Laporan mengenai pesawat telah melalui ruang udara Kelantan belum disahkan lagi

Sidang media berikutnya akan dijalankan pada jam 8 malam ini...‪#‎PrayForMH370‬

Reactions:

0 komenentar: