iklan

Thursday, March 13, 2014

[‪#‎MASalert‬] SIDANG MEDIA Hari ke-6 - MH370 - 5.30 petang.. 13032014 ‪#‎DoaUntukMH370‬


Terkini dari KLIA - Insiden kehilangan pesawat ‪#‎MH370‬, 13 Mac 2014, 5:30 petang diketuai oleh Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, DCA dan MAS

1. 6 hari selepas kehilangan pesawat, fokus diteruskan untuk kesan MH370
2. Data enjin - Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari berkata Rolls Royce dan Boeing tidak menerima sebarang hubungan lagi dengan kapal terbang selepas 01:07 pada pagi Sabtu, ia adalah transmisi terakhir MH370 dan mengenai pesawat terbang 4 jam selepas itu adalah tidak benar.
3. Pasukan Rolls Royce dan Boeing sudah berada di KL dan telah bekerjasama dengan MAS dan pasukan siasatan sejak Ahad lalu
4. Imej dari satelit China menunjukkan tiada sebarang cebisan dari pesawat ditemui untuk disiasat
5. Hishammuddin menjelaskan, semua maklumat/data yang tidak disahkan akan menjejaskan operasi carian. Semua maklumat harus disahkan oleh kami. Malaysia telah berkongsi data radar tentera dengan rakan-rakan antarabangsa
6. Kita tidak mahu tuduh menuduh, usaha kita hari ini adalah kerjasama dari pelbagai negara. Mungkin ada pihak tertentu yang berniat untuk melaga-lagakan, tetapi sehingga ke hari ini ada lagi negara yang mahu menghantar aset mereka untuk membantu
7. Hishammuddin berkata keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia adalah sesuatu keadaan yang kompleks. Malaysia tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan.
8. Hishammuddin turut menolak laporan bahawa pihak berkuasa telah menyerbu rumah-rumah anak-anak kapal pesawat tersebut
9. Kami telah melihat kembali rakaman sebelum pesawat hilang dari radar dan tiada langsung isyarat kecemasan
10. Hishammuddin mengesahkan pasukan carian tidak menemui apa-apa dari sebarang kemungkinan

Sidang media berikutnya akan diadakan pada 5:30 petang esok.‪#‎DoaUntukMH370‬

Reactions:

0 komenentar: